Jumaat, Mac 05, 2010

JUARA RAKYAT, ILTIZAM UNTUK TERUS BEKERJA . Siapa kata tak bagus?

JUARA RAKYAT, ILTIZAM UNTUK TERUS BEKERJA PDF Print E-mail
Written by Admin   (sabahkini.net)
Wednesday, 03 March 2010 21:14

PRIHATIN…. Lajim bersama Kamaruddin mengunjungi seorang pemuda terlantar sakit ketika program Umno juara Rakyat di Segambut
 
Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

PEMIMPIN parti di semua peringkat perlu menjadi program Umno Juara Rakyat sebagai wadah bagi memperkuatkan iltizam bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Umno Juara Rakyat bukanlah sesuatu program baru dilaksanakan oleh parti itu di mana sebelum ini ianya telahpun dijalankan; namun kali ini ianya dilaksanakan dalam satu makanisme baru melalui pendekatan yang lebih mesra kepada rakyat dan dapat mencapai matalamatnya seiring dengan agihan program yang dilaksanakan setiap bulan.

“Ianya bukan sesuatu yang baru, pemimpin dan parti telahpun menjuarai kehidupan rakyat sebelum ini, kini ianya diperhebatkan bagi memastikan kebajikan penduduk setempat terus terbela,” katanya ketika berucap melancarkan Program Umno Juara Rakyat Umno Bahagian Segambut, di Medan Letak Kereta, Masjid Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
------------------------------------------
* rileks rakyat Malaysia, jangan ingat UMNO buat perkara yang Nabi saw tak pernah buat... Nabi saw contoh teladan terbaik, bukan UMNO! Pikir-pikirkanlah...
yusz : jika kita ingat zaman Islam hebat sejak bermula Tamadun Islam mula Zaman Nabi saw hinggalah runtuh Khilafah Usmaniyyah Turki (1922), Islam tak pernah mengajar pemimpin agar berdiam diri berpeluk tubuh dengan masalah kemiskinan bahkan Saidina Umar berjalan waktu malam mendengar suara orang susah.. ini fakta... jadi, jika BN/UMNO nak juara rakyat, ia bukan perkara baru.. itu tugas / amanah yang kena dilaksanakan!

Tiada ulasan: