Jumaat, Mac 05, 2010

Beza Republik China vs Republik Rakyat China?

 
* kiri Taiwan                  * kanan China 

Tentera Republik China di Taiwan

Pada hari ini, Republik China di Taiwan mempunyai kerahan tentera yang besar bagi tujuan menentang Republik Rakyat China di tanah besar yang masih nekad berperang dengan Taiwan. Daripada pengunduran ROC di tanah besar pada tahun 1949 sehingga tahun 1970-an, misi utama ketenteraan adalah untuk 'mengambil semula tanah air besar'. 
 
Dengan keadaannya sekarang sebagai pertahanan kepada pencerobohan yang bakal dilaksanakan tanah besar China, tentera ROC telah menekankan lagi Tentera Udara dan Tentera Laut daripada Tentera Darat. Kawalan tentera republik juga telah diserahkan kepada rakyat sejagat.

Ahli tentera ROC berjumlah lebih kurang 300,000 dengan simpanan berjumlah 3,870,000. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya. Umur minima menyertai tentera republik ini adalah 18 tahun, akan tetapi sebahagian daripada program pengurangan ahli ini menampakkan sesetengah ahli ditukar ke agensi kerajaan lain atau industri kerajaan yang relevan kepada ketenteraan. Antara rancangan pada masa kini adalah untuk memodenkan tentera menjadi tentera professional pada dekad yang akan datang dan menghadkan konscripsi kepada 3 bulan.

Perihal utama tentera Taiwan pada ketika ini adalah kemunkinan serangan daripada tanah besar China. Kemungkinan diserang ini adalah realiti yang berkemungkinan besar berlaku. Maka, republik telah bersedia dengan benteng pertahanan yang mantap, latihan serangan udara dan persediaan menghadapi serangan hendap. 

Kementerian Pertahanan telah bercadang memesan submarin diesel dan batteri anti-peluru dari Amerika Syarikat untuk pertahanan, tetapi telah dihalang pihak Pan-Biru (pembangkang dalam Yuan Perwakilan) baru-baru ini (tahun 2005). Terdapat banyak alatan perang yang telah dibeli oleh ROC dari Amerika Syarikat dibawah Akta Perhubungan Taiwannya. Pada masa lalu, ROC juga telah membeli alatan pertahanan daripada negara Perancis dan Belanda.

[sunting] Ekonomi

Taipei 101, bangunan antara tertinggi di dunia

Tiada ulasan: