Rabu, Mac 03, 2010

Tahniah Proton! Kereta guna solar hibrid di pasaran...


Proton lancar 3 kereta konsep


MODEL kereta Proton keluaran Malaysia dinamakan EMAS Country berkonsepkan pasaran global yang berprestij menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva Ke-80 di Pusat Konvensyen Geneva Palexpo, semalam. – BERNAMA


GENEVA 2 Mac - Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.

Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid.

Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin, Itali.
------------------------------------------------------------
yusz : ntahlah.. buatlah mahal berkualiti tak apa.. ini harga Proton di luar negara, murah.. kualiti macam kita di Malaysia juga.. ni yang kita dengar lah..

Tiada ulasan: