Rabu, Mac 03, 2010

Guru baru wajib 3-5 tahun di pedalaman? Isu lama..

Guru wajib ke luar bandar

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diwawancara oleh Suhaimi Sulaiman pada program Temubual Eksklusif Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nik Rosli Ishak.

  • Tempoh tugas tiga hingga lima tahun tempoh perkhidmatan

  • Cikgu baru mesti mengajar di pedalaman

    KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.


  • Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

    "Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

    "Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi. 

    Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

    "Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.

    Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mensasarkan 87 peratus kanak-kanak memulakan sesi prasekolah atau kelas tadika seawal usia empat hingga enam tahun.
    "Ketika ini jumlah kanak-kanak yang memasuki prasekolah ialah 67 peratus dan kementerian akan memastikan jumlah itu meningkat bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti. 

    "Kita sangat menggalakkan pihak swasta untuk turut sama dengan kerajaan menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Kerajaan akan memberi imbuhan dan ganjaran kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan bilik darjah bagi tujuan prasekolah," katanya.

    Beliau juga berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum sekolah yang menekankan aspek penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.

    "Kita dapat lihat masalah berat badan berlebihan atau obesiti semakin ramai di kalangan murid. Dengan menekankan pentingnya sukan, saya berharap ia sedikit sebanyak mengelakkan masalah itu berlaku di kalangan anak kita," katanya.
    --------------------------------------- 
    yusz felda : Zaman DS Hisyamudin dulu macam tu juga,.. tapi kes 'kabel' air / darat/udara/tanah besar, tak kemana juga guru-guru baru.. dia tak lekat jugak di pedalaman lama... cuma yang terkilan juga.. masa awal dihantar taklimat diberikan oleh pegawa, i KPM kepada guru baru> selepas 5 tahun, minta sahaja pulang ke kampong asal, kami akan layan.. ternyata ucapan tersebut yang 'tiada hitam putih' menyakitkan jiwa.. ada kawan saya minta / rayu kat Jab Pelajaran sebab mak ayah sakit di kampong.. tak dilayan walaupun lama berkhidmat ...

  • Tiada ulasan: