Rabu, Mac 03, 2010

Lagi Kisah Berat Sebelah- sayang Polis lagi.. Betul?

Insentif tunai balai polis kurang kadar jenayah

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


HISHAMMUDDIN mendengar pengalaman petugas TV3, Ratnawati Jamil (tiga dari kanan ) mengenai rompakan di rumahnya di Kota Damansara ketika menghadiri Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara, semalam.
PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi insentif wang tunai menerusi sistem penarafan bintang dikenali 'Liga Balai Polis' bagi mengiktiraf balai yang mencapai sasaran membanteras serta mengurangkan kadar jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata insentif itu akan dikongsi setiap warga balai polis berkenaan daripada peringkat ketua sehingga pemotong rumput.

Beliau berkata, antara kriteria utama yang diambil kira dalam penarafan bintang itu ialah kejayaan balai polis berkenaan membanteras serta mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing. 
--------------------------------------
yusz felda : mengenangkan kisah melibatkan Balai Polis Kunak-pegawai-pegawai polis yang terlibat dengan isu 'tingkayu', maka inisiatif Kem Dalam Negeri di atas elok diperhalusi.. tolong orang kampong yang susah lagi bagus rasanya... salah guna balai polis kena tengok juga!

Tiada ulasan: