Ahad, Mac 07, 2010

Sasterawan Negara akui sumbangan PAS mansuhkan PPSMI! Takbeeerr!

Sasterawan Negara akui sumbangan PAS mansuhkan PPSMI | Print |  E-mail
Dzulfikar Mashoor   
SHAH ALAM, 7 Mac: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pagi tadi mengakui pengaruh PAS dalam melengkapkan perjuangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). "Saya perlu mengaku bahawa gerakan (anti) PPSMI tidak boleh sampai ke tahap ini, tanpa sokongan orang-orang politik," jelas beliau dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP, di sini.

Melihat pada kejayaan GMP mengumpulkan lebih 100,000 rakyat menentang PPSMI pada 7 Mac tahun lalu, beliau mengakui bahawa penyertaan parti-parti politik diperlukan untuk mempertahankan bahasa ibunda.

"Walau bagaimanapun pada hari itu, saya mulai sedar bahawa perjuangan bahasa ini tidak mungkin berjaya, tanpa sokongan politik," ujar beliau yang juga Penasihat GMP.



Umno, menurut beliau turut dijemput menentang PPSMI, namun mungkin disebabkan kuasa, duit dan sikap keinggerisan, menjadikan ahli-ahli bagi parti perkauman Melayu itu tidak berupaya menegur pemerintah.
--------------------------
yusz felda : teringat kenangan demontrasi tersebut tahun 2009 lalu... .. tanpa Pas, apalah ertinya demo PPSMI! Tanpa demo, pelajar di pedalaman akan merana!

Tiada ulasan: