Ahad, Mac 07, 2010

Mayat bayi ditemui dalam longkang lagi, di Sarawak pula.. :(

Mayat bayi ditemui dalam longkang(utusan.com.my) 7/3/2010

KUCHING 6 Mac - Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

"Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-------------------------
mahkamah : macam mana? makin menjadi-jadi.. Hukum Hudud bila nak pakai? 

Tiada ulasan: