26 terbunuh kemalangan trak di kawasan berbukit Tibet
07/03/2010 10:31am
BEIJING 7 Mac - Seramai 26 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak di Tibet hari ini, lapor media tempatan. Kemalangan itu berlaku di kawasan jalan raya berbukit, menurut agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan polis tempatan.
Jalan raya di China adalah antara yang paling berbahaya di dunia.
Sepanjang 2008, hampir 73,500 orang dilaporkan terbunuh akibat kemalangan jalan raya.
Berdasarkan kepada statistik polis, jumlah yang dicatatkan itu bersamaan dengan kira-kira 200 kemalangan setiap hari. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan