Ahad, Mac 07, 2010

PKR krisis dalaman? MCA krisis luaran? he he..

MCA sedang berdepan ‘satu ujian getir’ – Tee Keat

07/03/2010 12:50pm

KUALA LUMPUR 7 Mac – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-56 parti di sini pagi ini, mengingatkan para perwakilan bahawa parti, yang akan mengadakan pemilihan baru dalam tempoh tiga minggu, sedang berdepan “satu ujian getir”.

Mesyuarat itu bermula pada 10 pagi dengan lebih 600 daripada 2,387 perwakilan mendaftar bagi mesyuarat itu, dan jumlah perwakilan terus meningkat kepada lebih 800 sejam kemudian.

Tee Keat dan penyokongnya mahu AGM diadakan hari ini seperti jadual, manakala saingan beliau, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan beberapa yang lain dan penyokong mereka tidak menggalakkan para perwakilan hadir pada AGM.

Dr. Soi Lek dan 20 yang lain, antaranya tiga naib presiden, meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Pusat (CC) pada Khamis lalu, memaksa parti mengadakan pemilihan baru dalam tempoh sebulan seperti ketetapan perlembagaan parti iaitu apabila dua pertigaa anggota CC meletak jawatan. Naib presiden keempat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen meletak jawatan sebagai anggota CC semalam.

"Ini satu ujian getir terhadap keutuhan kita. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan, kita sebagai perwakilan parti, satu-satunya tanggungjawab yang diletakkan ke atas diri kita oleh ahli kita ialah menjalankan tugas kita secara teratur dan tanpa diingatkan atau dipaksa-paksa,” kata Tee Keat dalam ucapan perasmian di Dewan San Choon di ibu pejabat parti. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan mesyuarat tersebut atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), tetapi memutuskan untuk tidak berbuat demikian berikutan perkembangan terbaru dalam parti itu.

MCA menetapkan 28 Mac untuk mengadakan pemilihan baru.

Dr. Soi Lek, empat naib presiden dan anggota CC yang telah meletak jawatan tidak hadir pada AGM berkenaan. - Bernama
----------------------------------------
Alhamdulillah.. krisis MCA membuka mata rakyat bahawa anggota komponen BN pun ada masalah.. tak mustahil akan membawa krisis berlarutan hingga PRU 13

Tiada ulasan: