Isnin, Mac 08, 2010

Pertengahan 2011-Cukai Barangan & perkhidmatan? Tanda kematian UMNO?


ada Menteri nampak hal ni?Apakah nyawa UMNO sudah di hujung-hujung sudah? 
-------------------------------

GST tidak bebankan rakyat – Husni(utusan.com.my 8/3/2010)

IPOH 7 Mac – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan keputusan kerajaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai pertengahan tahun depan tidak akan membebankan rakyat.

Beliau berkata, cukai GST yang akan dikenakan kelak hanya kira-kira empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan dan jualan sebanyak 10 peratus (SST) selama ini.

“Kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai bagi produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

“GST juga dikecualikan bagi barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Komuniti 1Malaysia di Chemor di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 47 negara telah bertukar daripada penggunaan cukai jualan dan servis ini dengan mengamalkan cukai GST.

Husni berkata, orang ramai harus faham setiap barangan yang dijual oleh pengilang kepada pemborong akan dikenakan cukai sebanyak empat peratus sebagai contoh jika barangan yang dijual itu berharga RM100, cukai yang dikenakan adalah RM4.

“Pemborong mungkin menjualnya pada harga RM120... cukai kepada pengguna adalah empat peratus daripada keuntungan RM20 yang dibuat oleh pemborong iaitu 80 sen,” jelasnya.

Katanya, tidak timbul pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 16 peratus dengan pelaksanaan GST seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

“Pelaksanaan GST pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus itu tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan,” tegasnya.

Bacaan pertama Rang Undang-undang GST dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember lepas dan bacaan kali kedua dan seterusnya dijadual pada sidang Dewan Rakyat akan datang. 

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. – Bernama

Tiada ulasan: