| Print | |
Mohd Sabri Said |
JELUTONG, 7 Mac: Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Petani, pagi tadi berhubung kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang didakwa berbaur hasutan. Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, Ng Wei Aik ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan tindakan tersebut selepas laporan polis dibuat sebagai susulun perbuatan Pemuda Umno negeri yang cuba menggunakan saluran polis sebagi jalan terakhir membatalkan debat bertajuk Antara Realiti dan Provokasi di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam ini. "Pemuda DAP merasa wajar buat laporan polis kerana kelantangan mulut Ahmad Husni yang mengatakan ugutan 'kalau orang Cina di Pulau Pinang buli kita, kita lawan balik orang Cina’," tegasnya. Katanya, provokasi yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno itu begitu bahaya dan tidak boleh dibiarkan sekiranya mahu menjamin negara ini berada dalam keadaan aman. Jika sesuatu terjadi, katanya Ahmad Husni yang harus dipersalahkan kerana mengeluarkan kenyataan menghangatkan lagi keadaan. "Umno memang suka buat tindakan begitu agar ada rakyat yang termakan untuk bertindak sesuatu. Bila berlaku sesuatu mereka bergembira melihat tangkapan demi tangkapan dengan tujuan melemahkan Pakatan Rakyat pada masa depan," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar. Sementara itu, Umno cuba menggagalkan debat perdana yang dijangkakan diadakan malam ini apabila bertindak membuat lapuran polis di Balai Polis Sungai Nibung pukul 11.00 pagi tadi ekoran mempamerkan nama Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Norman Zailan bersama dua lagi ahli panel sedangkan beliau tidak mengatakan persetujuan untuk hadir. Walhal tambahnya, Norman dijemput cara terhormat bersurat dan bersemuka di pejabatnya maka menjadi tanggungjawabnya membalas surat berkenaan bukan mengoyak di hadapan media. "Bila kita jemput bersurat balaslah surat itu bukan buat laporan kononnya kita mempergunakan namanya dalam debat berkenaan. Sikap itu menggambarkan kecetekan fikiran Norman sendiri," ujarnya. Kain rentang yang dipamerkan di kebanyakan persimpangan jelasnya, memang tertera tiga gambar iaitu Norman, Jais Karim dan Rizal Faris Mohideen kerana bagi penganjur selagi tidak menerima surat mengatakan tidak dapat hadir selagi itulah beranggapan mereka bersetuju untuk bersama berdebat dengan tajuk ‘Melayu Pulau Pinang: Antara Realiti dan Provokasi’ bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Bagi pengetahuan Norman, mana ada kenyataan yang mengaitkan perkauman dalam tulisan di kain rentang berkenaan dan mendesak Norman menambahkan ilmu pengetahuan mana ada sekretariat didaftarkan kerana ia hanya badan pengelola sementara dalam penganjuran sesuatu majlis. "Jelas sekali apa yang dibuat oleh Pemuda Umno Pulau Pinang bagaikan budak-budak sehingga tidak tahu langsung undang-undang pertubuhan. Sebab itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin melantik orang yang akalnya sempit untuk memudahkan beliau mengarahkan sesuatu bagi kepentingannya " tegas beliau kesal. ------------------------------- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan