Isnin, Mac 08, 2010

Sekeluarga bantah PPSMI terima penghargaan. Tahniah GMP!

Sekeluarga bantah PPSMI terima penghargaan | Print |  E-mail
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 8 Mac: Enam sekeluarga yang menyertai perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menerima penghargaan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMI) dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP semalam.

Ismadei Sahnam mewakili isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka iaitu Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial yang hadir ke majlis berkenaan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, menerima cenderahati daripada Pengerusi GMP, Dr. Hassan Ahmad.

Gambar keluarga berkenaan sewaktu berarak ke istana negara pada 7 Mac 2009 itu dirakamkan jurugambar akhbar rasmi PAS, Harakah, Wan Zahari Wan Salleh yang turut menerima penghargaan daripada GMP.
------------------- yusz : tahniah GMP! Mudahan-mudahan tindakan profesional demi kelangsungan kecemerlangan Bangsa Melayu akan diikuti oleh pihak lain juga! * tapi nak tahan semburan air FRU la.. he he

Tiada ulasan: