Selasa, Mac 09, 2010

SMK Segaliud Sabah! Tahniah PIBG sekolah.. kena contohi PIBG begitu..

The New Sabah Times (BM) bertarikh 10 Februari 2010 - BANGUNAN SMK SEGALIUD DIGUNA KURANG 10 TAHUN TETAPI KINI ROSAK TERUK

Rujuk : (moe.gov.my)




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times (BM) bertarikh 10 Februari 2010 (Bangunan SMK Segaliud diguna kurang 10 tahun tetapi kini rosak teruk).

Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah , Cawangan Kerja Pendidikan pada 18 November 2009 melalui surat no. Rujukan KP(BPPA)800-1/405/2Jld.2(15). Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA), KPM telah memohon kerjasama pihak JKR Sabah untuk melakukan penyiasatan yang terperinci dan mengemukakan laporan awalan hasil daripada siasatan yang dilaksanakan. BPPA, KPM juga telah memohon pihak JKR Sabah untuk menyediakan cadangan pembaikan dan anggaran kos ke BPPA, KPM untuk tindakan selanjutnya.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-------------------------
yusz : alhamdulillah.. dengan cara PIBG masukkan ke media cetak, mendapat respon yang baik dari KPM.. bayangkan 10 tahun diguna tetapi sudah mula rosak.. ini kena siasat kontraktor, sekolah jugak... manatau masa 'hand over' pakat-pakat pejam mata sahaja...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Laporan ni kuar tahun 2009, sekarang dah 2011. Masih takde perubahan. Kuar paper pun tak guna jugak.