Jumaat, Mac 05, 2010

Sedia infrastruktur jalur lebar! 1000 menara baru akan dibina!

Sedia infrastruktur jalur lebar


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan Rais Yatim selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan sedang dalam usaha untuk meminda Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 bagi menjadikan keperluan penyediaan infrastruktur jalur lebar sebagai mandatori. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui pindaan itu, semua bangunan dan perumahan baru yang dibina perlu menyediakan infrastruktur tersebut sebagai satu syarat mendapat sijil layak menduduki (CF). 

Menurut beliau, langkah itu sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah sebanyak 50 peratus menjelang hujung tahun ini. 

''Itu dicadangkan kerana keperluan jalur lebar adalah adalah sama seperti sekarang orang perlukan bekalan air dan elektrik. ''Kita berpendapat sudah sampai masanya (infrastruktur) dibuat sekali gus kerana kalau kawasan perumahan dibina tetapi tiada kemudahan itu, nanti ia akan libatkan kos lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional di sini hari ini.Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.


Bagi mencapai sasaran 97 peratus liputan selular pula, beliau berkata, 1,000 buah menara baru akan dibina di seluruh negara bagi mempertingkatkan perkhidmatan selular di kawasan luar bandar. Katanya, kemudahan telekomunikasi di Sabah dan Sarawak juga akan dipertingkatkan dengan membina 415 buah menara. 

''Perluasan liputan selular akan memudahkan kerja-kerja perluasan liputan jalur lebar tanpa wayar," katanya.Ini kerana katanya, sebanyak 28 juta pengguna telefon selular yang ada sekarang berpotensi menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar selain 7.4 juta pelanggan perkhidmatan 3G yang boleh mengakses Internet.

mahkamah : alhamdulillah.. di Felda Umas, Tawau dah ada 3G! Celcom punya broadband dah ok katanya.. saya tak try lagi sejak 3G diaktifkan.. saya masih pakai Broadband DiGi

Tiada ulasan: