Khamis, Mac 04, 2010

Maj Daerah Beluran bawah UMNO kan? bukan bawah Pas! he he

TAMU DI TELUPID ‘PEKAN KOBOI’?< bukan Pas perintah Sabah.. PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 28 February 2010 17:27

Oleh: TULUN TINARU
PADA dasarnya Tamu Minggu di Pekan Telupid mengikut adat dan budaya, hanya di adakan pada setiap pagi hari Ahad, sekali seminggu tetapi kini Majlis Daerah Beluran (MDB) telah melancarkan Tamu dua kali dalam seminggu, iaitu hari sabtu dan Ahad. 

Sudah tentu MDB mendapat pungutan cukai yang berlipat ganda, namun peraturan Tamu seperti pengunaan kenderaan dalam kawasan semasa Tamu dan pembinaan khemah yang tidak teratur telah mengakibatkan kesesakan lalulintas.

Keadaan saperti ini mengundang pergaduhan selain menjejaskan kesihatan kepada para pengguna Tamu kerana bergolak dengan habuk dan pasir di musim kemarau apabila kenderaan dipandu mengelilingi Tamu semasa pengunjung sedang sibuk membeli belah. 

Sepatutnya MDB perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Majlis Daerah Ranau kerana mempunyai kaedah Pengurusan Tamu yang efektif dan terpuji. 

Kita kini, hidup dalam era bertamadun, jangan biarkan kelakuan dan perbuatan berpatah balik ke zaman batu. ‘Kerajaan Berhemah, Rakyat pun Bertamadun.’ 
--------------------------------------
Yusz : Pekan Telupid antara pekan yang kami singgah jika pergi atau pulang KK-Tawau. Kami biasa singgah solat @ berehat di Masjid Telupid yang lokasinya hanya beberapa meter sahaja dari pekan.. bukan sahaja ia bermasalah pergaduhan, kebersihan tetapi banyak lagi prasarana yang sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan tempatan atau Kerajaan Negeri.. contoh - kemudahan bank dan bomba yang penting.. apa yang pasti, prasarana di Telupid yang sedia ada hampir sama di daerah yang lain... ikut kefahaman aqal yang cetek ini, jika satu kawasan DUN sudah pasti mempunyai Bank, Balai Polis, Pejabat Pos, Kemudahan Elektrik, Air dan sebagainya.. apatah lagi kawasan yang dikenali Parlimen.. di Sabah, contoh di Parlimen Kalabakan- di kampong Kalabakan sendiri- dhaif.. tak perlu disebut, ramai yang tahu.. datanglah ke Kalabakan, Tawau, Sabah.. rasailah nikmat air paip yang datang dari langit! :)

Tiada ulasan: