ISU WAHHABI: MENANGANINYA SECARA REALITI DI MALAYSIA
* mudahan isu ini tak memeningkan lagi rakyat yang bukan semua berguru, baca buku, tanya tok guru dan sebagainya... :)
Isu Wahhabi kembali muncul apabila ia mula diperkatakan terutamanya di
beberapa akhbar arus perdana di negara ini. Ia kembali menjadi topik yang
hangat dibincangkan oleh beberapa individu yang merasa terpanggil untuk
barangkali mempertahankan fahaman atau ideologi masing-masing. Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan terdapat dua kelompok utama yang begitu
bersemangat dengan penuh komitmen dalam membawa isu ini ke pentas
perdana sebagai paparan kepada masyarakat awam.
Pertama, golongan yang mempertahankan habis-habisan gerakan atau
fahaman Wahhabi serta berusaha dengan apa cara sekalipun mengumpul
hujjah untuk menyatakan bahawa kebenaran tetap berada di pihaknya tanpa
sebarang kompromi.
Manakala kumpulan kedua pula berusaha menegakkan hujjah-hujjah untuk menjatuhkan hukuman muktamad bagi menetapkan bahawa Wahhabi adalah kumpulan yang sesat atau dalam bahasa yang lebih lembut menyimpang daripada akidah Islam sebenar yang dianuti oleh umat Islam di Malaysia iaitu akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Secara kasar, inilah dua kumpulan yang sering diberi ruang di dada-dada
akhbar untuk membentangkan ideologi serta pandangan masing-masing
terhadap isu ini sehingga ia menjadi panas serta mula heboh diperkatakan
semula oleh masyarakat awam bermula daripada mereka yang berpengetahuan cetek dalam agama sehinggalah kepada golongan yang dianggap oleh umum sebagai intelektual Islam.
Pada hakikatnya isu Wahhabi bukanlah satu isu baru yang kini perlu
diterjemah, dikarang, dibahas mahupun dibangkitkan semula. Ini kerana isu
ini telah lama bertapak di semenanjung Tanah Melayu dengan kemunculan
satu golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda pada awal abad ke-20 yang
lalu, kesan daripada pembawaan beberapa orang pelajar Malaysia dan
Indonesia yang berkesempatan menceduk ilmu agama di Mekah, Mesir dan
India.
Pada waktu itu tempat-tempat tersebut telah dipengaruhi oleh gerakan
Wahhabi yang mendukung idea Ibnu Taimiyyah dan Ibnu al-Qayyim al-
Jauziyyah, manakala di Mesir timbul gerakan Islah yang dipelopori oleh
Muhammad Abduh dan Rasyid Redha. Keadaan seperti ini juga berlaku di
India dengan ajaran Waliyyullah al-Dahlawi.
Di Malaysia gerakan dakwah Salafiyyah yang dibawa oleh Kaum Muda ini
akhirnya lebih dikenali oleh masyarakat awam sebagai kumpulan Wahhabi, ia
amat sinonim dengan kumpulan tersebut memandangkan cara pergerakan
mereka yang agak agresif, tambahan pula gelaran ini merupakan panggilan
yang seringkali dicanang oleh musuh-musuh tradisi puak Wahhabi seumpama
kumpulan-kumpulan tarekat dan golongan Asya'irah beraliran kesufian.
Ini merupakan satu fakta yang tidak boleh dipesongkan oleh mana-mana
pihak, pertentangan sememangnya pernah berlaku antara Kaum Muda dan
Kaum Tua satu masa dahulu, namun setelah beberapa lama isu ini
mendiamkan diri, nampaknya ada pihak yang kembali memukul gendang
menghingarkan suasana mengajak masyarakat berbicara semula berkisar isu
yang kian menyepi ini.
Dalam menangani isu ini, kita perlu jelas tentang apakah isu sebenar yang
ingin kita tangani? Adakah kita ingin menangani Wahhabi sebagai satu
kumpulan ajaran sesat? Atau sekadar menangani isu-isu kontroversi yang
ditimbulkan oleh kumpulan ini seumpama menolak tahlil arwah, menolak
talqin mayat, menolak wirid selepas solat fardhu, menolak bacaan Yasiin pada
malam Jumaat, bid'ah membid'ah dan sebagainya yang bersifat boleh
memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
-------------------------------------------------------------
Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil,
Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah,mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunnah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama sebagaimana sebahagian mereka, untuk itu apa
yang perlu ditangani adalah kesilapan dan kesalahan metod dakwah mereka
yang menjadi punca timbulnya isu-isu kontroversi di dalam masyarakat dan
bukan sehingga memperkatakan dan membesarkan isu-isu lain yang langsung
tiada kena mengena dengan fenomena yang sedang berlaku khususnya di
kalangan umat Islam Malaysia pada hari ini.
Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah,mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunnah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama sebagaimana sebahagian mereka, untuk itu apa
yang perlu ditangani adalah kesilapan dan kesalahan metod dakwah mereka
yang menjadi punca timbulnya isu-isu kontroversi di dalam masyarakat dan
bukan sehingga memperkatakan dan membesarkan isu-isu lain yang langsung
tiada kena mengena dengan fenomena yang sedang berlaku khususnya di
kalangan umat Islam Malaysia pada hari ini.
Selaras dengan pendirian tersebut Panel Kajian Aqidah (PKA) JAKIM kali ke-
14 pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa kumpulan Wahhabiyyah yang
disandarkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab itu tidak terkeluar daripada
Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang perlu diatasi dan ditangani adalah
isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan perselisihan masalah cabang
yang cuba dibangkitkan oleh segelintir mereka dari masa ke semasa.
Bukannya dengan memperbesar-besarkan isu-isu lain yang tidak pernah
wujud di kalangan masyarakat Islam di Negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan