Khamis, Mac 04, 2010

Antara pensyarah saya@rakan masa di Universiti Al al-Bayt, Jordan.. (copy blog Ust Mohd. Aizam B. Mas'ud > http://mufakkir-islami.blogspot.com)

Al-Muhaddith Syeikh Syu'ayb al-Arna'ut


Beliau adalah salah seorang ulama hadith yang masih berbaki pada hari ini. Umurnya sudah mencecah 80-an tahun namun ingatannya masih kukuh. Kami sempat bertalaqqi dengan beliau di Maktabah Tahqiq milik beliau di Amman pd waktu rehat beliau.Talaqqi dengan beliau kitab Subulussalam, Tafsir al-Qurtubi & al-Balaghah al-Wadhihah

Syeikh Prof. Dr. Abdul Qadir al-Sa'di

Syeikh Prof. Dr. Abdul Qadir al-Sa\
Menadah dengan beliau Matan Abi Syuja, al-Iqna', Kifayat al-Akhyar & Qatr al-Nada. Kami juga sempat bertalaqqi dgn abg beliau Syeikh Prof. Dr. Abdul Hakim al-Sa'di kitab Usul al-Fiqh lil-Qubaisi.

Syeikh Prof. Dr. Qahtan Abd Rahman al-Duri

Syeikh Prof. Dr. Qahtan Abd Rahman al-Duri
Beliau adalah Dekan Fakulti Fiqh & Undang-undang Universiti Al al-Bayt, Jordan. Di luar universiti kami bertalaqqi dengan beliau kitab Usuluddin al-Islami & Sofwatul Ahkam

Syeikh Dr. Abdus Sami' al-Anis

Syeikh Dr. Abdus Sami\
Beliau adalah muhaddith muda berasal dari Syria tetapi menghabiskan pencarian ilmu di negara Iraq. Bertalaqqi dengan beliau Takhrij al-Hadith & Bulugh al-Maram. Beliau ialah musyrif musa'id penulis, khusus bagi 'takhrij' ketika menyiapkan masyru' takharruj.

Syeikh Dr. Syarif Soleh al-Khatib

Syeikh Dr. Syarif Soleh al-Khatib
Ulama dari Palestin. Pakar dalam ilmu aqidah. Bertalaqqi dengan beliau kitab Tahzib Madarij al-Salikin

Syeikh Dr. Yusuf Ahmad Ali

Syeikh Dr. Yusuf Ahmad Ali
Bertalaqqi dengan beliau Syarh al-Arbain al-Nawawiyyah & Syarh Matan Jauharat al-Tawhid. Beliau ialah musyrif penulis ketika menyiapkan masyru' takharruj.
-----------------------------
yusz : nota di bawah gambar pensyarah di atas adalah tulisan Ust Mohd. Aizam, rakan saya..

Tiada ulasan: