Khamis, Mac 04, 2010

Santai : Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat(harakahdaily.net)



Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat(harakahdaily.net)3/3/2010   

Hashim Abdullah   
KUALA KRAU, 4 Mac: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas. 

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.
------------------
mahkamah : kita perlukan rakyat yang berani buat, berani tanggung.. jangan takut pi dengar ceramah, kemudian berani pula marah kerajaan mengapa gula naik harga, kapal selama tak boleh selama bla bla.. CERAMAH tak pergi mana lah nak tahu perkembangan sebenar.. ceramah umum biasanya ada lah info terkini.. mungkin info setempat @ luar kawasan.. rugi jika tak datang!


Tiada ulasan: