Jumaat, Mac 05, 2010

Vanuatu digegar gempa kuat. Vanuatu di mana?

Vanuatu digegar gempa kuat

05/03/2010 3:01am

VANUATU 5 Mac - Satu gempa kuat 6.4 pada skala Richter menggegar berhampiran Vanuatu di barat Pasifik semalam, dengan pusat gempa dikesan 213 kilometer dari Santo, lapor Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi geologi itu memaklumkan, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 200 kilometer, 476 kilometer di utara barat laut Port-Vila, Vanuatu dan lebih 2,000 kilometer dari timur laut Brisbane, Australia. - AFP
-----------------------------
yusz : gempa berterusan nii... bergegar juga...

Tiada ulasan: