Isnin, Mac 08, 2010

Ramai Yang Lari dari Pakatan Rakyat? Sedar atau tidak keahlian PKR/PAS/DAP dan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS bertambah?

| Print |  E-mail
Hashim Abdullah   
KUALA KRAU, 8 Mac: PAS Negeri Pahang terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai kaum apabila menerima 70 lagi keahlian baru  Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan Kuala Krau.

Penyerahan borang keahlian baru dilakukan sempena majlis penubuhan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan Parlimen Kuala Krau di Bandar Kerdau, dekat sini, semalam.

Borang keahlian diserahkan sendiri Pengerusi Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang. N Balasubramaniam kepada Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan, Sheikh Nazri Sheikh Husein.

Turut menyaksikan ialah Pengerusi Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Kerdau, Soh Soon Chai.

Sheikh Nazri Sheikh Husin dalam ucapannya bersyukur kerana perjuangan PAS semakin difahami dan diterima oleh rakyat berbagai kaum dan berharap sokongan yang diperolehi dapat mengubah scenario politik di negeri Pahang.

Kami sangat bersyukur kehadrat Allah kerana kami telahj mendapat sokongan daripada pelbagai kaum yang selama ini sukar diperolehi. Kami berharap sokongan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS yang akan mengubah scenario politik negeri Pahang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tiada ulasan: