Selasa, Mac 02, 2010

Ramai akan keluar PKR? Banyak MP Bebas? haha.. Mana Amanah Jika Lompat Ke Pihal Yang Tak Betu

Lebih 10 wakil rakyat bakal keluar parti?

(utusan.com.my) 2/3/2010


KUALA LUMPUR 1 Mac - Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meramalkan demikian berkata, tindakan keluar parti itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Saya rasa ada (keluar) dan jumlah lebih 10 orang. Kira sahajalah daripada jumlah wakil rakyat yang sedia ada ditolak sosialis, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) liberal dan kroni, itulah akan menjadi jumlahnya.

"Bila mereka akan keluar? Ini macam perlawanan tinju, ia pun ada pusingan-pusingannya," kata beliau yang turut hadir pada sidang akhbar pengumuman keluar PKR oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng di sini hari ini.

Menurut Salehuddin, sebab utama wakil-wakil rakyat itu bertindak keluar PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakan.

"Jikalau kita mengejek orang yang keluar parti, akhir kata, keluarga saudara ini tak ada orang, sebab semuanya kena ejek keluar. "Yang tinggal mungkin mereka yang selama ini betul-betul berhasrat merampas parti. Kerana sekarang ini mereka inilah yang betul-betul menjalankan jarum sehinggakan suara lain tidak terdengar dan yang didengar hanya suara sosialis dan liberal.

"Tindakan ini seolah-olah mereka ini yang mula-mula dahulu berjuang dalam reformasi. Kita ketepikan aktivis parti di peringkat bawahan dan cuba 'memeluk dan berasmara' dengan orang-orang yang baru masuk sehinggakan perjuangan kita sudah terpesong," katanya.

Sementara itu, Salehuddin menafikan beliau bertindak sebagai pengarah strategi terhadap tindakan wakil rakyat PKR keluar parti memandangkan beliau turut hadir ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim mengumumkan perkara yang sama.

"Pengarah strategi saya tak boleh, saya tak pandai gigit orang. Saya akan hadir jika dijemput,'' katanya. Tindakan Tee Beng dan Zahrain keluar PKR menjadikan parti itu kini hanya mempunyai 29 ahli Parlimen di Dewan Rakyat manakala DAP (28), Pas (23) dan Bebas (lima).
Menurut Salehuddin, tindakan keluar PKR untuk menjadi ahli Parlimen Bebas jika berterusan akan menyebabkan pakatan pembangkang hilang satu pertiga di Parlimen dan mewujudkan satu blok ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.
------------------------------------------------

Fairus timbang tindakan undang-undang ke atas PKR

KUALA LUMPUR 1 Mac - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memfitnahnya.

Menurut Mohammad Fairus, beliau akan menimbangkan semasak-masaknya kemungkinan itu selepas mendapatkan pandangan beberapa pihak lain bagi melaksanakan tindakan susulan.

"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut (undang-undang), kerana yang paling penting ialah mempertahankan prinsip perjuangan agama, bangsa, tanah air dan kepentingan rakyat bukannya melayan kenyataan remeh-temeh itu.

"Semua tuduhan itu tidak tepat, ia sengaja diperbesar-besarkan bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap masalah dalaman PKR," katanya.

Malam tadi, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Pengumuman itu dibuat semasa berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM).

Ekoran tindakan itu, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali melalui kenyataan dalam laman web rasmi parti itu, www.keadilanrakyat.org hari ini di bawah tajuk "Syukur Fairus Keluar Keadilan", mendedahkan beberapa salah laku Mohammad Fairus.

Syed Husin dilaporkan mengatakan parti itu bersyukur kerana akhirnya Mohammad Fairus yang menjadi liabiliti telah bertindak keluar parti.
-------------------------------------
Ulasan mahkamah : emm.. banyak dah kes keluar-keluar PKR ni.. kasihan DS Anwar.. saya puji DS yang mengaku beliau ada kesilapan dalam pemilihan calon masa p/raya hari tu... kisah 3 Adun di Perak (2 PKR + 1 DAP) menyayat hati semua..
selepas itu YB Bayan Baru keluar PKR jadi Bebas, mantan Timb KM Pulau Pinang masuk UMNO dan kini YB Nibong Tebal keluar PKR jadi Bebas.. Masya Allah... PAS dilihat berjaya mengekalkan kekuatan iman ahlinya.. tidak lompat parti walaupun diasak oleh isu pelbagai... syabas! PKR kena kuatkan tarbiyah khasnya kepada YB beragama Islam.. Ibrahim Ali jadi Bebas juga kan? lupa pulak.. ni pun macam-macam hal.. tak tetap pendirian.. kebanyakan nak glamour dunia.. kita lihat, berapa ramai lagi akan keluar jadi Bebas! Kebas!

Tiada ulasan: