Sabtu, Mac 06, 2010

Pengetua, guru besar sekolah bukan SBT turut nikmati insentif: TPM

Pengetua, guru besar sekolah bukan SBT turut nikmati insentif: TPM (berilah keadilan ke sekolah lain juga... )

BEHRANG: Pengetua dan guru besar sekolah bukan dalam kelompok Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan diberi insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan sekiranya sekolah mereka cemerlang berdasarkan kriteria tertentu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata insentif itu akan dikongsi guru dan pentabir sekolah berkenaan.

Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah serta Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak, di Tasek YDP Slim River, sebentar tadi. 
-------------------------
yusz :: SMK Felda Umas, Tawau bukan sekolah SBT 'berprestasi' tetapi Berisiko Tinggi.. oleh itu, apa salahnya sekolah di pedalaman Sabah ini, dberi kemudahan juga, peruntukan untuk sekolah macam kami ni adalah perlu diutamakan kerana, banyak pelajar yang perlu dipulihkan .. budak yang pandai berpindah sekolah.. tinggallah yang sederhana.. SBT yang berjumlah 20 buah di seluruh Malaysia kecuali yang tak terdapat di 4 buah negeri kalau tak silap Pahang, Trengganu, Sabah, Sarawak> dah ok.. boleh dibantu tetapi sekolah tersebut kan dah ok.. apa salahnya larikanlah bajet yang banyak dari situ ke sekolah lain seperti sekolah kami.. bayangkan guru yang berulang alik 134km pergi balik setiap hari, dengan kemudahan yang tak seberapa.. permohonan Rm500/= EKMLTK pun belum tahu..

Tiada ulasan: