Khamis, Mac 04, 2010

Ahli Maj Daerah Beluran, 2010-2011 angkat sumpah, kerja 2009-2010 buat ker tak?

AMD BELURAN ANGKAT SUMPAH(sabahkini.net) PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 03 March 2010 21:13

Oleh: SIBIUS CONSTANTINE

UPACARA angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Beluran (AMD) yang telah disaksikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Mohd Noor pada 02 Mac 2010, dilangsungkan di Dewan Serbaguna Beluran. 

18 Orang telah diberi watikah perlantikan, 2010 hingga 2011, sebagai Ahli Majlis Daerah untuk meneruskan kesinambungan ke atas pembangunan pesat yang sedang dilaksanakan di daerah Beluran, sejajar dengan konsep gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
---------------------------------------------
yusz felda : tengok kepada jalan telupid-beluran yang mana YB Parlimen Beluran juga terlibat memantau sepatutnya jalan utama KK-Tawau itu bukan menjadi satu masalah kepada rakyat.. seingat saya, jalan sekarang dalam proses naik taraf, mungkin mengambil masa berbulan-bulan lagi untuk ditar.. bayangkan jika ada kecemasan sakit, kemalangan dan sebagainya, kenderaan yang bergerak laju pasti menjadi satu ancaman pula.. jalan grabel, pecah di sana sini... kiri kanan antara Telupid dan Beluran tidak dimajukan dengan diwujudkan sekolah atau kawasan perumahan rakyat contohnya.. sekolah yang berjauhan menyusahkan ibubapa... harap ahli majlis daerah tidak makan gaji buta sahajalah.. 
 
Masjid Ar-rahman, Kpg Ulu sapi, Masjid Perancangan dan Air Terjun Bakong-Bakong antara 3 premis yang berada di bawah Majlis Daerah, sepatutnya dibantu dari segi prasarana.. cth Masjid Ar-rahman dan Masjid Perancangan mempunyai masalah bekalan air.. Jalan menuju ke Air Terjung Bakong-Bakong teruk sangat.. berlubang, keadaan mencerminkan bahawa ia bukan macam di bawah kerajaan tempatan.. Jadi dengan lantikan ahli majlis baru, diharapkan menjalankan tugas dengan betul..

 

Tiada ulasan: