Sabtu, Mac 06, 2010

Ada hari di atas, ada hari di bawah, rezeki Allah diagihkan secara adil..

Kimi Raikkonen terkeluar saingan rali dunia di Mexico

LEON (Mexico): Bekas juara dunia Formula Satu (F1),
Kimi Raikkonen terkeluar daripada saingan kejuaraan Rali Dunia 2010 di Mexico semalam selepas kereta Citroen yang dipandunya terbabas pada hari kedua perlumbaan.

Pemandu dari Finland yang pernah menjadi juara dunia F1 pada 2007, mengalami kemalangan itu pada peringkat kedua rali.

Sehari sebelum ini, beliau ketinggalan dengan jarak masa sejam selepas keretanya mengalami masalah elektrikal. - AFP 
----------------------
yusz : itulah dunia.. hanya sementara.. apa yang ada pinjaman belaka.. Kimi Raikonen mungkin hebat di litar F1 tetapi tak hebat di rali..

Tiada ulasan: