Sabtu, Mac 06, 2010

3 lagi gempa susulan gegar Chile!

3 lagi gempa susulan gegar Chile (bharian.com.my 6/3/10)

TALCA (Chile): Tiga gempa susulan menggegarkan Chile, awal hari ini menyebabkan penduduk terus dihantui kebimbangan negara itu akan terus dilanda gempa kuat dan tsunami.

Gegaran pertama berkukuran 6.2 magnitud berlaku jam 6.20 pagi waktu tempatan (0920 GMT), selang enam hari selepas gempa pertama 8.8 magnitud yang kini mengorbankan 800 orang dengan lebih dua juta lagi dikhuatiri hilang tempat tinggal.

Gegaran kedua berukuran 6.8 magnitud - iaitu gegaran susulan terkuat daripada 200 gegaran sejak seminggu lalu, manakala gegaran ketiga berukuran 6.6 magnitud.

Beberapa bangunan yang rosak sebelum ini dilaporkan runtuh di Concepcion, tetapi pihak berkuasa kecemasan memberitahu setakat ini ia tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan serius. - AFP

Tiada ulasan: