Rabu, Februari 03, 2010

Liwat: Saiful bersyukur. Syukur = terima kasih kepada Allah. Alamak!

Saiful bersyukur


Mohd. Saiful Bukhari menjawab pertanyaan wartawan selepas mahkamah menolak permohonan Penasihat PKR itu untuk menangguhkan kes tersebut.


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penat tetapi bersyukur. Itu reaksi ringkas bekas pembantu Ketua Pembangkang, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, ketika ditanya mengenai prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Walaupun prosiding hari ini terpaksa ditangguhkan ke petang esok, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia sudah bersedia untuk memberi keterangan.

Zamri menyatakan, walau apa pun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah mengarahkan kes tersebut dibicarakan esok bermula pukul 2.30 petang.

Pagi esok, pihak pembelaan bagi kes liwat Anwar akan bertemu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen penting dengan alasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak untuk dibekalkan dengan dokumen tersebut kerana perbicaraan masih belum bermula.

Pada sidang akhbar itu juga, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia tidak berasa tertekan dan turut menafikan bersubahat dengan Perdana Menteri serta isteri untuk mengenakan Anwar.
“Tidak, tidak, tidak. Tidak benar, saya akan beri keterangan esok,” jelasnya.
--------------------------
yusz felda : makin suspen! Jika kita ingat kembali nostalgia lama cerita/filem arahan UMNO ini.. Fitnah DS Anwar 2 ini.. macam fitnah 1 dulu.. siapa sangka angkara Tun M, Ds Anwar melarat.. tak apa Saiful.. jika engkau benar, benarlah!

TAPII.. jika engkau berpura, engkau fitnah, engkau bersubahat macam mana? 

Orang ramai masih teringat-teringat kisah kejahatan Tun M terhadap DS Anwar.. kali ini watak berbeza dalam filem cereka ini.. namun, isi kandungan, mesej dan tema YANG SAMA! 

Apakah saiful, kau dapat RM Bilion ringgit??? Puas hati?
Allah suka syukur yang begitu?
Sedang syukur sebenar, ,melibatkan hati, lidah dan anggota badan membenarkan, mengalunkan dan melakukan tindakan yang diperintahkan Allah... esok segalanya akan ditanya..
Jika kau memfitnah, doakan saya Saiful datang ke mahkamah dalam situasi yang hina!

Tiada ulasan: