Di MALAYSIA
Landasan Bengkok Akibat Cuaca Panas Punca 28 Gerabak KTMB Tergelincir
GURUN: Landasan mengembang dan tidak sejajar akibat cuaca panas terik menjadi punca 28 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 berdekatan Stesen Kampung Guar, Guar Chempedak, dekat, sini, semalam.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati rel besi landasan mengembang dan bengkok akibat cuaca panas.
Dalam kejadian jam 4.48 petang semalam, kereta api tersebut membawa muatan barang berasaskan getah dan sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.- BERNAMA
---------------------------------------------------------
DI USA
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati rel besi landasan mengembang dan bengkok akibat cuaca panas.
Dalam kejadian jam 4.48 petang semalam, kereta api tersebut membawa muatan barang berasaskan getah dan sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.- BERNAMA
---------------------------------------------------------
DI USA
Ombak besar membadai pantai
HALF MOON BAY, California 14 Feb. - Keghairahan ratusan penonton menyaksikan Pertandingan Luncur Ombak Mavericks di sebuah pantai di utara California semalam bertukar tragedi apabila sebahagian daripada mereka dilanda ombak besar.
''Akibatnya sejumlah 13 mangsa mengalami kecederaan yang ketara termasuk patah tulang kaki dan tangan,'' kata Ketua Batalion Jabatan Perlindungan Hutan dan Kebakaran California, Scott Jalbert.
Menurutnya, jumlah itu tidak termasuk mereka yang mengalami luka-luka kecil.
Jalbert menganggarkan beberapa ratus orang berada di pantai Mavericks semasa kejadian tersebut, sekali gus memuramkan pertandingan yang menarik penyertaan para peluncur terkemuka dunia itu.
''Gelombang berkenaan adalah setinggi 1.5 meter, kecil tetapi kuat. Tiada sesiapa yang dihanyutkan ke dalam air,'' katanya.
Hanya selepas kejadian tersebut pihak Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran berjaga-jaga peringkat tinggi.
''Ia adalah satu kejadian alam yang tidak boleh dijangkakan. Kita bernasib baik kerana tiada siapa dihanyutkan,'' kata Jalbert.
Pertandingan luncur ombak berkenaan menawarkan hadiah AS$150,000 (RM510,000) yang menjadikannya paling lumayan di dunia.
Chris Bertish daripada Afrika Selatan muncul juara pertandingan tersebut.
Seorang penonton, Marsha Poulin berkata, dia berada berdekatan ombak 'ganas' berkenaan tetapi dapat mengagak bahaya tersebut dan berundur sedikit dari pantai berkenaan.
''Hanya kerana pihak penganjur membenarkan kita menghampirinya tidak bermakna tempat berkenaan selamat,'' katanya. - AP
---------------------------------------
di ARAB SAUDI
Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat. Kaabah pernah diperbaiki beberapa kali sebelum ini selepas rosak akibat banjir.
-----------------------------------------------------
di ARAB SAUDI
Mekah dilanda hujan lebat lagi
RIYADH 14 Feb. - Hujan lebat yang melanda Mekah semalam menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di kota suci itu, lapor media Arab Saudi, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut di sebuah bandar berhampiran, November tahun lalu.Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat. Kaabah pernah diperbaiki beberapa kali sebelum ini selepas rosak akibat banjir.
Hujan jarang berlaku di negara padang pasir itu tetapi kira-kira 130 maut November lalu semasa kemuncak musim haji selepas hujan lebat melanda bandar Jeddah yang terletak lebih kurang 80 kilometer di barat Mekah, mengakibatkan banjir kilat yang turut merosakkan beratus-ratus harta benda ekoran sistem kumbahan bandar itu yang teruk.
-----------------------------------------------------
YUSZ FELDA : BALA ALLAH KENA PADA SEMUA.. KALAU DATANG, TAK PILIH YANG MANA PAS YANG MANA UMNO..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan