Khamis, Februari 25, 2010

fELDA + fELCRA + rISDA > pENGARUH UMNO?

Konsortium Felda, Felcra dan Risda dikenali Synergy Perdana


Logo FELCRA


PUTRAJAYA: Felda, Felcra dan Risda menubuhkan sebuah konsortium yang dikenali sebagai Synergy Perdana bagi menerokai lebih banyak peluang ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda, Felcra dan Risda bagi menubuhkan konsortium itu di sini, sebentar tadi.

Majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
----------------------------
YUSZ FELDA : Info tambahan :-

1) Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/FELCRA)
2) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - (Bahasa Inggeris:Rubber Industry Smallholders Development Authority), adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. ((http://ms.wikipedia.org/wiki/risda)

3)  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.((http://ms.wikipedia.org/wiki/FELDA)

Tiada ulasan: