Khamis, Februari 25, 2010

Sabah bukan negeri tetapi NEGARA? Kaji segera! Rakyat sabah kena faham!

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (sabahkini.net

PEMBENTUKAN Malaysia tahun 1963, Negara Brunei telah mengundurkan diri dari menyertai pembentukan sebuah Negara Malaysia. Maka tinggallah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bernaung di dalam satu Federation Malaysia. 

Setelah Singapura ditolak keluar dari Federation Malaysia, ini bererti hanya tiga buah Negara sahaja yang bertahan yakni Malaya, Negara Sabah dan Negara Sarawak. Mengikut formula asal Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama, Sabah, Sarawak danMalaya masing masing diklasifikasikan sebagai sebuah Negara merdeka bersama Malaysia. 

Apabila kesemua Negara ini merdeka bersama Malaysia, Sabah, Sarawak tanpa disedari telah di selaraskan tarafnya menjadi sebuah ‘NEGERI’ bersamaan dengan kesemua negeri-negeri di Malaya apa yang dipanggil Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun pada hakikatnya menurut Perjanjian 20 Perkara, Sabah dan Sarawak sepatutnya akan terus diiktiraf sebagai sebuah Negara walaupun setelah bersatu dengan Negara Malaya dan menjadikan sebuah negara merdeka bersama Malaysia. 

Segala hasil masyhul Sabah seperti minyak petrol, minyak kelapa sawit, cukai pendapatan dan cukai kastam akan di bawa ke Semenanjung Malaysia untuk di satukan dalam satu kewangan Pusat. Ini bermakna Sabah hanya mendapat bahagian keuntungan dari hasil wang yang disatukan. 

Di mana semua keuntungan akan disalurkan kepada 14 buah negeri? Mengikut teori sebenarnya, ianya sepatutnya dibahagikan kepada tiga buah ‘NEGARA’ sahaja yakni Negara Sabah satu bahagian; Negara Sarawak satu bahagian; Bahagian Negara Malaya lah patut satu bahagian itu untuk dibahagi 11 buah negeri-negeri dalam negara Malaysia. 

Barisan Perdana Menteri Malaysia dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan terkini Dato’ Seri Najib Tun Razak, kesemua Perdana Menteri ini tidak memahami konsep Negara dan Negeri. Cuma Najib, Perdana Menteri yang paling ‘cunning’ sekali memahami konsep Negara dan Negeri ini lantas dengan segera menghasilkan slogan 1Malaysia. 

Tidak mustahil seandainya satu hari nanti Najib akan menjadikan 1Malaysia ini sebagai satu ‘Rang Undang-Undang dan sekaligus melenyapkan terus sifat-sifat kenegerian dalam proses pembahagian kewangan kepada negeri-negeri di Malaysia. 

Adakah rakyat Sabah sedar bahawa kita yang menanggung sepenuhnya kerugian ini kerana Sabah merupakan negeri pengeluar minyak. Akan tetapi rakyat Sabah tidak pernah dimaklumkan secara blue-print berapa harga penjualan minyak petrol ke luar Negara? Berapakah kos setiap satu barrel minyak yang telah bersih diproses ? Ia tidak pernah diberitahu kepada rakyat Sabah. 

Sekiranya dahulu, di Semenanjung Malaysia harga minyak petrol akan lebih mahal RM0.02? dari harga biasa dan di Sabah pula akan murah RM0.02? dari harga biasa. Terkini semua harga petrol telah disama-ratakan, sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna Sabah telah menanggung RM0.02? mahal dari yang sepatutnya padahal punca hasil minyak datangnya dari Sabah.

Kedengaran juga khabar angin yang menyatakan Kerajaan Malaysia akan menyelaras kan harga minyak petrol dengan tariff harga petrol di New York. Mengapa? United States adalah sebuah Negara pengimport minyak sedangkan kita khususnya di Sabah adalah merupakan Negara pengeksport minyak. Siapa yang rugi dalam hal ini bukankah rakyat Sabah?

Kalau senario ini difahami betul-betul oleh rakyat Sabah, tidak ada rakyat Sabah yang mahu mengundi BN lagi.

Tiada ulasan: