SELAMATLAH PARTI ISLAM MELANGKAH...
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Februari 17, 2010
Mukhaiyyam Tarbawi Dewan Pemuda Pas Sabah 13 Feb - 14 Feb 2010 di Kampong Perancangan Tidak Jauh Dari Air Terjung Bakung-Bakung, Beluran. -SIRI 4
Sekitar gambar di Kampong Perancangan, Beluran. Aktiviti petang Sabtu 13/2 beramah mesra sambil bermain gasing dengan penduduk kampong.. Kampong ini boleh dikatakan mudah terdedah dengan banjir dari sungai berhampiran. Aktivit yang diaktifkan kembali sejak tahun lepas ialah bermain gasing. Petang sabtu 13/2, pasukan Unit Amal Sabah berlawan dengan pasukan Kampong Perancangan.. ternyata kemahiran mereka berada di tahap tinggi.. bukan sahaja orang dewasa.. malahan orang muda sekecil 7, 8 tahun sudah menguasai.. Saya juga mengambil kesempatan bersama Ust Nazri dan Cikgu Bob (Semporna) meninjau kawasan kampong sambil rakan-rakan lain bermain gasing di sebelah masjid dan sekolah...
Sebelum berlawan, kami dihidangkan dengan aksi permainan gasing oleh pemuda & orang lama di Kampong Perancangan ini... lokasi permainan tidak jauh dari masjid & sekolah rendah..
Peserta mukhayyam majoriti datang ke lokasi ini...
Aksi & gelagat tuan rumah
Salah sebuah rumah di sini
Biar macam mana bentuk rumah, ASTRO mesti ada, bro! :)
Tuan/puan nampak kayu batang belang putih kuning? itu kayu penanda ketinggian air waktu banjir.. boleh dikatakan dipacakkan di lokasi-lokasi strategik di dalam kampong...
Sawit macam malas nak hidup.. tak macam di Felda Umas, Tawau lah.. nampak pucat sahaja.. masakan tidak, selalu dinaiki air.. kasihan penduduk... sistem longkang dan sebagainya tiada.. masing-masing pikir lah! Apa yang penting masa p/ray DUIT SAMPAIII.. HE HE.. :)
Saya, Ust Nazri dan Cikgu Bob nampak papan tanda ini ketika meronda dalam kampong. Emm.. Patut ramai Kristian di Daerah Beluran.. difahamkan 90% pengundi Ahli Parlimen di sini bukan Islam...
Papan tanda masjid lama di kampong
Pondok-pondok setinggi ini didirikan bukan tempat tinggal manusia.. tetapi genset.. oleh kerana kampong yang sering dilanda banjir.. maka, rumah di Kampong Perancangan ini dibina tinggi..
Banjir naik setinggi separuh tiang bangsal di tepi sungai.. tinggi tu.. mencecah paras bawah rumah yang kelihatan di belakang.. Sawit pun payah hidup di sini...
Salah seorang pemuda Sungai.. katanya tak beri undi untuk BN masa PRU 12 baru-baru ni.. beliau tinggal tidak jauh dari sini.. bekerja sebagai petani..
Bayangkan air naik hingga separuh tiang bangsal di atas.. bayangkan kami sekarang bergambar di pelantar yang dah rosak di bawah.. Mana YB yang faham masalah ini? Elektrik & air masih menjadi masalah.. masjid pun tak ada air.. inisiatif diberi bekalan tangki dan sebagainya boleh diusahakan.. tapi itulah BN!
Anak-anak muda Sungai yang turut serta pada petang itu...
Saat penutupan majlis bersama warga kampong.. mungkin sedih kot pakcik-pakcik tu.. tunduk sahaja..
Gambar kenangan peserta mukhayyam bersama warga Sungai.. gasing simbolik di depan.. :)
Ceria & muhibbah sekali! :)
Hanya gambar menceritakan mesej penting ukhwah terjalan di sini.. Pas 4 All!
Kenangan bersama Orang Kuat di kampong ini..
Ketua Pemuda & Ust Zaidi (kiri) sedang menemuramah abang ni sebelum bergerak pulang ke kem..
Kuliah maghrib oleh Ust Zul Waqar (Keningau).. semangat sangat.. selepas kuliah, makan malam dan aktiviti mendebarkan akan menanti kami KEMBARA MALAM... suspennnn...
Bersambung ke SIRI 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan