Rabu, Februari 03, 2010

Surat Terbuka OKK HASSNAR HJ EBRAHIM kepada Pesuruhjaya Polis Sabah! Mesti Baca, Panasss!!!

 
(SURAT TERBUKA UNTUK CP SABAH)
< Tragedi Ting Kayu, Kunak, Sabah yang menjadi kontroversi.. ada yang mati, ada yang cedera..

Inilah dia Pesuruhjaya Polis Sabah (Yang Berbahagia Datuk Noor Rashid Ibrahim) yang dimaksudkan oleh OKK di bawah..

KELENTONG POLIS YANG MENJIJIKKAN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 03 February 2010 14:13
(SURAT TERBUKA UNTUK CP SABAH)
Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Yang Berbahagia Datuk Noor Rashid Ibrahim dan semua pegawai kanan polis yang seangkatan dengannya.
Saya sedar walaupun kandungan surat ini saya sasarkan khusus kepada anggota PDRM daripada kalangan individu yang tidak berkualiti, tidak punya harga diri, tidak berdisiplin, malas menjalankan tugas; kemungkinan anggota Polis dalam kategori Polis jujur, baik, yang benci rasuah dan salahgunakuasa turut terpalit tidak dapat dielakkan. 

Namun sebagai seorang peniaga yang dituntut oleh Kerajaan Malaysia membayar cukai, setelah mengambil kira untung rugi dan menimbang buruk baiknya, saya teruskan warkah ini dengan niat ‘siapa yang makan lada biarlah dia rasa pedasnya.’ 

Sebagai permulaan, saya ingin memetik cebisan satu kenyataan yang terbit di akhbar Daily Express kemudian telah dimuat naik di sabahkini.net pada 22 Januari 2010 seperti berikut: NKRA target: Enforcement agencies in Sabah worried.
Pada hemat saya, kenyataan yang terkandung dalam berita ini adalah sarat dengan kelentong yang menjijikkan anggota PDRM dan memalukan rakyat Sabah kerana dahulu Negeri Sabah terkenal sebagai sebuah Negeri terkaya di Malaysia. 

Kini ianya amat terkenal bukan sahaja kerana ramai pelancong dari luar dan dalam Negara berkunjung datang hendak menyaksikan bagaimana orang utan bersama binatang liar lain beraksi di sisa-sisa hutan belantara; tetapi adalah juga kerana nama Negeri Sabah kini ‘harum’ sebagai antara negeri yang termiskin di Malaysia. 

Nasib menimpa rakyat Sabah hingga jatuh miskin bukanlah kerana rakyatnya jenis manusia yang masih bercawat dan tinggal atas pokok kayu, sebagaimana mungkin dalam fikiran beberapa kerat orang daripada Semenanjung Malaysia tetapi berpunca daripada kesan agenda ‘pecah dan perintah‘ serta perlaksanaan agenda ‘adu domba’ antara pemimpin Sabah anjuran orang dari semenanjung yang berniat untuk menjadikan Sabah sebagai Tanah Jajahan Malaya!

Waktu Sabah di bawah jajahan British, masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dapat bolos masuk Negeri Sabah semudah sekarang tidak berlaku. Saya berani mengatakan sedemikian sebab saya lahir dan membesar di bandar Sandakan. 

Sebelum merdeka keluarga saya tinggal di Kampung berjiran dengan ramai anggota pasukan keselamatan berasal dari Sabah. Walaupun majoriti mereka tidak berpendidikan hingga ke peringkat Universiti, seperti kebanyakkan anggota PDRM yang didatangkan daripada Semenanjung Malaysia untuk bertugas di Sabah sekarang, tetapi hasil kejujuran anggota Polis ketika itu mereka telah dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan cemerlang. 

Daripada seorang Inspektor suku Brunei yang pencen dengan gelaran ‘Kaptan’ saya dan rakan seangkatan lain sering mendengar kisah bagaimana Polis marin ketika itu kerja bertungkus lumus menjaga perairan Negeri Sabah sehingga peluang untuk PTI dapat bolos masuk Negeri Sabah amat tipis.  

Sekarang walau ada pegawai kononnya berkelulusan dari Universiti, ada bot peronda Polis marin yang berinjin kuasa kuda laju, ada tentera laut dengan kapal Perang yang konon dilengkapi dengan peralatan moden lagi tercanggih, ada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia; namun hampir setiap hari kisah PTI bolos masuk ke Sabah, PTI didakwa di Mahkamah, PTI merogol, PTI menculik, PTI jual dadah, PTI paling banyak di Penjara, PTI masih ada ratus ribu belum dikesan dan sebagainya sentiasa mengisi dada akhbar! 

Ketika menyandang jawatan Ketua Daerah Sandakan, saya sering bertanyakan PTI yang sempat ditemui bagaimana mereka begitu mudah dapat masuk Sabah. Jawapan daripada 99% PTI yang sempat disoal menyatakan mereka membayar RM30.00 satu kepala kepada polis sebagai pas laluan ke Sabah! 

Itu adalah kisah mengenai bagaimana PTI boleh dengan mudah tanpa dokumen masuk ke Sabah. Bagaimana pula kisah rokok seludup? Bagaimana dengan wanita-wanita muda yang diimport tanpa dokumen dari Negara jiran? Apakah Polis tidak terlibat? 

Apakah tidak ada angggota Polis ‘menyimpan Perempuan filipina tanpa dokumen’. Sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah, saya serahkan persoalaan di atas untuk Datuk fikirkan, siasat dan ambil tindakan.  

Berbalik kepada berita di atas saya juga katakan ianya adalah kelentong ‘Polis Dari Malaya’ (PDM) untuk memperbodohkan rakyat Sabah. Kenyataan saya adalah berasaskan pengalaman yang pernah saya alami sendiri. Misalnya pernah satu ketika sebidang tanah yang saya beli telah diceroboh dan diduduki secara haram oleh beberapa tauke keturunan Tionghua. 

Pada mulanya mereka berjaya perolehi dari Mahkamah Tinggi Sandakan satu perintah injunksi mencegah saya memasuki tanah yang saya beli itu. Bagaimanapun setelah bukti dikemukakan, alasan para tauke terbabit berjaya dipatahkan. Setelah itu perintah awal yang diperolehi penceroboh terbabit bukan saja telah diketepikan Mahkamah Tinggi Sandakan, malah Mahkamah membenarkan permohonan pemilik asal tanah mendapatkan perintah injunksi mencegah taukeh- taukeh terbabit daripada memasuki dan menduduki tanah yang menjadi subjek pertikaian. 

Sejurus perintah injunksi dikeluarkan saya telah tempatkan perkerja saya dalam tanah tersebut. Beberapa jam kemudian kesemua perkerja yang saya ambil berkerja dan tempatkan dalam kawasan tanah tadi telah ditangkap oleh sepasukan Polis dari Balai Polis Beluran. 

Daripada rekod Mahkamah, tangkapan itu dibuat setelah taukeh Tionghua yang dikenakan injuksi berkenaan menelefon dan mohon bantuan daripada seorang anggota Polis dari Balai Polis Beluran. 

Kerana dendam terhadap saya, setelah menerima panggilan telefon, tanpa menghirau ada perintah daripada Mahkamah mencegah ‘Taukeh Tionghua’ berkenaan memasuki tanah saya itu, anggota Polis berkenaan terus saja menangkap tujuh orang perkerja saya dalam kawasan tanah yang saya ada geran dan ada perintah injunksi! 

Episod ini jelas membuktikan bila ada kemahuan, Polis langsung tidak menghadapi masalah logistik, kekurangan anggota, kekurangan senjata atau kekurangan kenderaan? 
Pasti anda akan mengulas, itu Polis dulu. Sekarang lain. Itulah ‘argument’ yang kerap kali digunapakai oleh anggota Polis apabila saya atau kakitanggan saya membuat aduan. Polis dulu dan Polis sekarang tidak banyak bezanya. Budaya munafik hasil didikan bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor kepada anak anak buahnya masih tebal melekat di jiwa kebanyakan anggota Polis hingga kehari ini. 

Jika tidak, mustahil Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara, berani mengatakan 40% pegawai Polis sekarang boleh ditangkap tanpa bicara kerana mereka rasuah.  

Pada minggu Datuk CP mula bertugas di Sabah saya telah masuk dan menempatkan perkerja saya di dalam kawasan 47 keping tanah bergeran di Latangon, daerah Kinabatangan. Tanah ini telah diceroboh oleh dua orang Taukeh berbangsa Tionghua. 

Dalam tempoh beberapa jam sahaja Datuk, selaku Pesuruhjaya Polis Sabah bersama seorang pegawai kanan polis bernama Hamid Badar dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSPJaini Abdul Kadir telah, dengan mudah dapat mengumpulkan hampir dua ratus (200) anggota Polis lengkap dengan senjata yang sesuai digunakan menentang tentera Israel, telah masuk ke tanah bergeran tersebut. 

Atas ‘arahan’ Datuk juga perkerja saya telah ditangkap. Walaupun lokasi tanah itu terletak jauh daripada Bandar, tetapi pengaruh panggilan telefon daripada tauke keturunan dari negara Cina itu, Datuk sendiri buktikan kemampuan Polis tidak seburuk seperti yang ditaklimatkan.  

Selepas perkerja saya ditahan, Datuk bersama Hamid Badur dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan kemudian telah serah tanah bergeran yang saya ada kepentinggan itu kepada kedua-dua orang tauke Tionghua berkenaan yang saya tahu dengan jelas, pasti dan tepat adalah ‘penjenayah’ yang menggunakan dokumen palsu sebagai lesen bagi melayakkan diri mereka menceroboh tanah yang hanya Anak Negeri saja dibenarkan memilikinya.  

Sebaliknya, sebelum perkerja saya ditangkap, puluhan laporan Polis telah dibuat terhadap taukeh Tionghua terbabit atas pelbagai tuduhan melakukan kesalahan jenayah. Sehingga sekarang tidak pula kedengaran mereka berkenaan telah didakwa oleh pihak Polis.
Jelas sekali Polis ‘double standard’. Kalau golongan taukeh bermasalah, mereka tidak perlu datang ke balai membuat laporan. Cukup telefon sahaja. Ketika itu tidak timbul masalah Polis kurang kenderaan, tidak cukup tenaga dan sebagainya! 

Kelentong ‘jijik’ SAC II Zainal Abidin Kasim juga adalah keterlaluan. Seolah-olah rakyat Sabah ini rendah IQ tidak tahu berfikir. Misalnya pada bulan November 2007 seramai lebih kurang 300 hingga 400 angggota Polis telah dikerah mengepung 8 hingga 10 AJK pemuda PKR yang bercadang menghantar satu memorandum kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah. 

Sejurus berita cadangan mereka ini sampai ke pengetahuan Polis; dengan cepat kilat pasukan Polis PGA telah dihantar membanjiri Bandar raya Kota Kinabalu. Di samping sepasukan FRU dikerah bersiap sedia di tepi jalan menuju ke Istana di Kota Kinabalu, Helikopter Polis pula terus diarah berlegar di padang Bandaran Kota Kinabalu.  

Pada hemat saya, ini adalah episod sandiwara Polis yang inginkan media arus Perdana dan elektronik membuat liputan berita menjulang nama baik Polis yang telah sekian lama telah tercemar. 

Dengan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat para penulis skrip, pelakon dan pengarah Polis berharap mereka akan dilihat sebagai penyelamat. Sebaliknya terbukti Polis tidak cukup logistik, tidak cukup anggota, tidak cukup kenderaan adalah tidak benar. 

Dalam konteks ini, nampak jelas PDRM cukup lengkap serba serbi walaupun jumlah ahli Parti pembangkang hanya lebihg kurang 8 hingga 10 orang sahaja. Insyah Allah jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan Negara, saya berjanji akan rekomen supaya semua Pegawai Polis yang merancang cetuskan suasana cemas dan membimbangkan ketika itu dianugerah Pingat ‘Penulis Skrip, Pelakon Polis dan Pengarah Terbaik.”

Cebisan kenyataan SAC II Zainal Abidin Kasim yang saya setuju hanyalah yang berbunyi ‘jangan samakan Sabah dengan Semananjung’. Memang benar situasinya kini sudah berbeza.
Dahulu ribuan orang Semenanjung datang ke Sabah mencari makan sebab peluang cari perkerjaan di Sabah luas dan melimpah. Dahulu Sabah kaya sebab ada banyak balak. Ada banyak tanah. Kini Sabah masih banyak balak, tetapi yang punya balak adalah peniaga-peniaga dari Semenanjung. 

Sabah juga masih banyak tanah tetapi yang menjadi pemilik tanah adalah taukeh- taukeh daripada Semenanjung. Analisis saya, antara punca rakyat Sabah menjadi miskin adalah akibat peranan dimainkan anggota Polis dari ‘Malaya’ yang benarkan puluhan ribu (mungkin ratusan ribu) ekar tanah milik Anak Negeri dipindahmilik melalui proses tipu kepada yang tidak berhak. 

Walaupun ramai kaum anak negeri yang menjadi mangsa telah adukan penipuan yang dilakukan oleh para taukeh terbabit, tetapi Polis dari Malaya sengaja enggan mengambil tindakan. Kesannya Anak Negeri yang kehilangan tanah di Sabah telah ‘TERPAKSA’ berhijrah ke Semenanjung mencari sesuap nasi setelah tanah mereka dirampas. 

Dalam konteks ini nampak jelas penipuan dalam urusan pindahmilik tanah kepunyaan anak negeri yang berleluasa di Sabah adalah angkara Polis dari Malaya bersekongkol atau bersubahat dengan pemimpin UMNO mensebotaj ekonomi kaum Anak Negeri Sabah. Anak anak ingusan pun tahu agenda ini. 

Apabila Anak Negeri Sabah kehilangan tanah, mereka bukan saja akan menjadi miskin, tetapi juga akan hilang identiti. Yang pasti akhirnya keturunan kaum Anak Negeri akan merempat di tanah air sendiri; tidur di tepi jalan, tidak berumahdan tidak bertanah.  

Soal masa kerja polis yang turut dibangkitkan sebagai sebab Polis tidak dapat laksakan tugas dengan baik, adalah alasan lemah sengaja dicipta bertujuan meraih simpati rakyat bagi menutup segala salah laku dan kepincangan dalam pentadbiran Polis di Sabah. 

Setahu saya, kerjaya Polis adalah pilihan diri sendiri. Kalau pun memang terpaksa berkerja pada ketika rakyat nenyak tidur atau seronok bercuti; itu adalah bidang kerjaya seseorang yang setuju digaji oleh rakyat melaksanakan tugas sedemikian. 

Tukang sapu dan pemandu kereta angkut sampah juga berkerja di luar waktu pejabat. Saya tidak pula pernah dengar mereka mengeluh dan jadikan ‘masa’ sebagai sebab tidak dapat laksanakan tugas dengan baik kerana terpaksa kerja semalaman hingga subuh. 

Tugasan mereka laksanakan juga berupa khidmat bakti suci kepada masyarakat. Jika mereka mogok semua rakyat, anggota Polis tidak terkecuali, akan menjadi mangsa serangan serangga seperti lalat atau nyamuk merbahaya yang boleh menyebabkan malaria, aedes atau maut. 

Justeru kalau diri sendiri pilih tugasan sedemikian, janganlah reka cipta alasan yang tidak masuk akal. Lagipun bukan lagi rahsia, ramai anggota Polis habiskan banyak masa di Kelab Karaoke, Jack Pot, Pub atau Rumah Urut. Jesteru itu, belum tentu mereka pulang subuh kerana terpaksa bertugas di pejabat. 

Jika ada apa-apa kenyataan di warkah ini salah di sisi Undang-Undang, laporlah kepada Polis. Saya, nama dengan alamat seperti di bawah sentiasa sedia dihubungi dan tidak keberatan memberi kerjasama kepada Polis; termasuk memberi keterangan di mana-mana Mahkamah.
Sekian.
Yang benar, 

OKK HASSNAR HJ EBRAHIM
Lot 1, Tingkat 1, Wisma Harbour View,
90000 Sandakan, Sabah
Tel: 089 212161 Fax: 089 212521 HP: 012 818 7189
E mail: ebrahimhassnar@hotmail.com

-------------------------------------------------------------------------
yusz felda : alangkah indahnya jika ramai rakyat Sabah sedar isu 'kezaliman' yang sudah lama diperjuangkan Pas dan Pakatan Rakyat.. dah lama BN tumbang di Sabah! Jika hari ini, dikatakan OKK Hassnar bersifat 'sentimen Pantai Timur vs Semenanjung' saya rasa emosinya berpunca kezaliman tersebut.. siapa tak rasa marah.. saya cadang OKK join Pakatan Rakyat sahaja.. sama-sama kita tumbangkan BN!

Tiada ulasan: