Jumaat, Februari 26, 2010

China VS Amerika! Gawat kah? Negara Islam tersepit...

Tentera China beri amaran kepada Washington(bharian.com.my 26/2/10)


BEIJING: Tentera China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya "berhati-hati dalam percakapan dan tindakan" untuk mengelak daripada memulakan ketegangan di antara dua kuasa besar itu dan menafikan ia terbabit dalam perbuatan menggodam internet.

Huang Xueping, jurucakap kepada kementerian Pertahanan China, berkata kerajaan negaranya tidak akan mengubah keputusan menggantung "rancangan ketenteraan dua hala" dengan Washington selepas AS mengumumkan akan menjual senjata bernilai AS$6.4 billion kepada Taiwan.

Bulan lalu, Google Inc mengugut untuk menarik diri dari China selepas mengadu tindakan menapis dan menggodam terhadapnya dan syarikat lain.

Penganalisis berkata serangan itu adalah operasi yang rumit dan kemungkinan diatur atau dibantu tentera China.

Perbalahan mengenai perbuatan menggodam itu menambah ketegangan di antara Washington dan Beijing yang sudah pun tegang akibat pertikaian berhubung perdagangan dan matawang China sehingga pertemuan Presiden Barack Obama dengan pemimpin Tibet yang hidup dalam buangan, Dalai Lama.

--------------------------------------------
yusz felda : 2 kuasa besar ini antara beberapa negara di dunia yang ada KUASA VETO (Kuasa veto juga boleh dilihat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 - USSR) — masing-masing mempuyai kuasa veto... hairan kita, sepatutnya dunia hari ni merujuk kepada Islam tapi kita pula negara-negara Islam kena merujuk kepada BUKAN ISLAM.. 

Tiada ulasan: