Rabu, Februari 03, 2010

Tun Mahathir akur kehebatan Rakyat Kelantan!

‘Tindakan Ku Li tidak boleh diterima’

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan pentas pembangkang dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh boleh menggunakan saluran lain seperti forum untuk menyatakan pandangan. Kata Dr. Mahathir, beliau juga boleh berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menggunakan pentas parti pembangkang. 

“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk suarakan pandangan saya.“Tengku Razaleigh juga boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan ASEAN Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai tindakan Tengku Razaleigh menggunakan pentas pembangkang untuk menuntut isu royalti minyak Kelantan.
Ditanya sama ada tindakan Tengku Razaleigh itu boleh memecahkan undi BN di Kelantan, Dr. Mahathir berkata: “Ikut macam mana pun BN tidak boleh dapat balik Kelantan kerana mereka mempunyai pemikiran tersendiri’’.
--------------------------------------------
mahkamah-akhirat : cayalah Tun puji rakyat Kelantan! Rakyat Sabah macam mana? ayuh! Kita juga rakyat yang bijak.. banyak isu di Sabah perlukan pembelaan.. Ketua Menteri dengan rasuah/penyelewengan.. Polis Sabah lagi yang dipertikaikan tindakan oleh orang-orang yang Ting Kayu, Kunak dan sebagainya lagi.. 

Tiada ulasan: