Isnin, Februari 15, 2010

FELDA & Industri Rumpai Laut.. Bisnes baru Felda pada saat ancaman penculikan di Sabah.

INDUSTRI RUMPAI LAUT DI SEBANGKAT MUSNAH? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 14 February 2010 18:26

LAWAT.... Abdullahsani (tengah) sedang melawat kawasan rumpailaut di Pulau Sebangkat dan TMTS.

Oleh: MUTALIB M.D
INDUSTRI Penternakan rumpai laut di Terumbu Karang Sebangkat mungkin musnah sekiranya kerajaan gagal memulihkan keyakinan para pengusaha bahawa kawasan persekitaran selamat daripada serangan lanun dan penculikan.

Pengerusi Waris Taman Marin Tun Sakaran, Abdullahsani Haji Abdul Salleh ketika menghubungi Sabahkini.net daripada Pulau Sebangkat petang tadi mengesahkan kebanyakan pengusaha rumpai laut telah meninggalkan perusahaan mereka kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Dalam beberapa hari ini, kata Abdullahsani, lebih 90 peratus pengusaha rumpai laut telah meninggalkan perusahaan mereka.

“Mereka meminta saya mendesak polis dan tentera meningkatkan kawalan keselamatan di TMTS kerana tidak lagi selamat sekalipun dikelilingi pos kawalan keselamatan yang agak polos sehingga dua mangsa culik dipercayai telah berjaya diseludup keluar ke Filipina,” ujar Abdullahsani yang mendesak agar Ketua Polis Negara memaklumkan hasil siasatan terhadap lapan laporan polis yang dibuat oleh para pewaris sebelum ini berhubung keselamatan TMTS.

Dalam hal ini kata Abdullahsani, polis dan pihak berkuasa masih gagal menghalau keluar semua Pendatang asing tanpa izin yang bersembunyi di Terumbu Karang Sebangkat dan TMTS.

“Selagi Pati masih mendominasi TMTS, selagi itulah kejadian penculikan akan terus berlaku dan kita minta agar pihak berkuasa jangan bertolak ansur dengan isu keselamatan dan kedaulatan,” ujar Abdullahsani yang akan mengirimkan beberapa gambar yang dirakam dan dokumen penting untuk siaran Sabahkini.net dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, Abdullahsani menegaskan agar Felda tidak mengambil kesempatan untuk mengambil alih industri berkenaan tanpa menjalankan perundingan dengan para pewaris yang memiliki sebahagian besar gugusan pulau di TMTS.
------------------
yusz felda :
kasihan orang Melayu Sabah.. kerana ketirisan 'amanah' dalam bekerja.. pihak keselamatan mungkin lupa bahaya keselamatan warga sendiri... RM 1 juta pun tak cukup jika tidak berkat.. kita mahu pihak keselamatan Malaysia- polis/tentera dsb jauh dari terlibat dengan rasuah dsb..

Tiada ulasan: