Isnin, Februari 15, 2010

Awas! e-mel minta maklumat peribadi

Awas! e-mel minta maklumat peribadi

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel daripada institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.
E-mel itu meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran RM200.

Mereka yang menerima emel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri berkata, menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.

Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tahun lepas, Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam Internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya.
-------------------------------------------
yusz : betullah ya ingatan Nabi saw bahawa akhir zaman ini, orang yang salah cakapnya akan didengar.. penipu pulak dipercayai.. agaknya masalah kewangan yang banyak melanda di dunia hari ini menyebabkan itu ini orang akan mudah condong dan termakan serta terpedaya tipudaya... akhirnya.. jiwa akan merana.. Kata Nabi saw yang bermaksud : siapa yang berbohong kepadaKU (umatku), maka dia telah menempah tempat di NERAKA!

Tiada ulasan: