Khamis, Februari 25, 2010

PPD NABAWAN BERPOLITIK ATAU ADA AGENDA? < antara Pujian & Kejian


PPD NABAWAN BERPOLITIK ATAU ADA AGENDA? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 24 February 2010 20:57  

Oleh: KEWA-KEWA
PEJABAT Pelajaran Daerah Nabawan (PPD) dikatakan tidak serasi dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan. Ini dibuktikan dengan kenyataan bahawa PPD enggan melibatkan wakil rakyat dan pemimpin terutamanya ahli-ahli parti komponen BN sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke kawasan itu.

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke Pensiangan, Dr. Hj Puad Zakarshi baru-baru ini bermula 22-25 Februari, di mana PPD dikatakan tidak mahu melibatkan orang-orang politik sedangkan Politik Barisan Nasional ialah politik pembangunan. 

Nampaknya PPD Nabawan mempunyai agenda sendiri untuk tidak mahu melibatkan penyertaan parti komponen BN yang mewakili kawasan itu iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi kawasan Parlimen dan UPKO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut sumber yang dipercayai, seorang guru yang ditemui oleh ahli PBRS untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan keperluan mereka, tidak memberi kerjasama kecuali mendapat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Daerah (secara bertulis). Niat ikhlas untuk memaju dan membangunkan sekolah nampaknya tidak direstui oleh Pejabat Pelajaran.

Mampukan PPD Nabawan menangani banyak masalah mengenai kelemahan dan kekurangan sekolah-sekolah diluar Bandar tanpa kerjasama dari masyarakat, dari ahli politik, dari wakil rakyat? 

Guru-guru mengeluh kerana kekurangan rumah guru, elaun hidup susah, elaun perumahan yang tidak adil, kenaikan pangkat, bangunan using. Tetapi di mana suara PPD?

Berapa banyak masalah guru-guru di pedalaman yang disembunyikan oleh Pejabat Pelajaran demi menutup kelemahan mereka? Bagaimana dengan kebajikan guru-guru? Berapa banyak masalah seperti sistem telekomunikasi, solar hibrid terganggu dan malahan tidak diperbaharui menyebabkan ramai guru-guru lambat menerima berita mengenai soal-soal kecemasan dan soal hidup mati mereka?

Sejauh manakah PPD berjuang untuk meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak di kawasan ini? Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (BAKISA) pernah mengageh-agehkan bantuan kewangan kepada anak-kanak miskin di Pensiangan. Aakah bantuan itu mencapai sasarannya dan adakah pelajar berkenaan dibantu oleh PPD membuka akuan bank mereka?

Mengenai projek-projek tergendala seperti makmal computer, mengapa PPD berdiam diri? Sebaliknya rakyat menyalahkan ahli politik kerana tidak lebih vokal.

Rakyat Malaysia yang belajar di sempadan Indonesia juga tidak pernah diambil tahu oleh PPD. Pendedahan media mengenai terdapat rakyat Malaysia belajar di Indonesia malahan didedahkan oleh ahli politik itu sendiri. 

Hinggakan terdapat permintaan dari Pejabat Pelajaran akan senarai-senarai nama pelajar rakyat Malaysia yang bersekolah di Negara jiran. Dalam soal ini mengapa PPD tidak turun padang untuk memantau sendiri? Tindakan PPD untuk tidak mahu melibatkan ahli-ahli politik bersama dengan lawatan rasmi Timbalan Menteri Pelajaran adalah amat tidak masuk akal sama sekali. Memang benar, masa kini adalah masa untuk bekerja demi pembangunan. Namun adalah tidak logik untuk PPD tidak melibatkan ahli-ahli politik dari PBRS dan Upko, tetapi UMNO pula boleh menyertai. Apakah agenda di sebaliknya? 

Seorang ahli parti komponen berkata, sebenarnya musuh utama Barisan Nasional (BN) bukannya parti pembangkang. Sebaliknya, musuh utama BN ialah mereka yang berada di dalam kumpulan BN itu sendiri. “Mereka lupa kekalahan utama UMNO di semenanjung adalah kerana musuh itu terletak dalam UMNO itu sendiri,“ kata sumber tersebut.
“Kita mengalu-alukan kedatangan YB Dr.Hj Puad Zakharsi, namun oleh kerana Jabatan Pendidikan tidak telah memberi kenyataan, kita pun ada maruah sendiri, kami bukannya tidak mahu menyertai rombongan YB, semoga YB memahami,” kata sumber itu.

Dikatakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin, Wakil Rakyat Sook yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sepatutnya mewakili Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (yang bercuti) menyertai rombongan itu, namun menarik diri di saat akhir kerana PPD tidak mahu ada penyertaan ahli politik dalam rombongan itu.

Arwah Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail pernah membuat lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan P.182 Pensiangan dengan diiringi oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan dan Pejabat UPKR N.8 Nabawan. 

Lawatan itu juga telah berjaya membawa perubahan kepada sekolah-sekolah yang dilawati oleh arwah. Di peringkat wakil rakyat, pemimpin-pemimpin masyarakat juga banyak menyuarakan masalah-masalah sekolah mereka.
---------------------------------------------------------
mahkamah : " PEJABAT Pelajaran Daerah Nabawan (PPD) dikatakan tidak serasi dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan. Ini dibuktikan dengan kenyataan bahawa PPD enggan melibatkan wakil rakyat dan pemimpin terutamanya ahli-ahli parti komponen BN sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke kawasan itu. "
 
Ulasan saya << mestikah PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) serasi dengan parti politik.?Jika serasi, kena serasi dengan semua parti, bukan UMNO sahaja tetapi Pakatan Rakyat jika ada aktiviti yang membina untuk rakyat. Begitu sepatutnya demokrasi. Saya setuju dikatakan tindakan PPD salah jika PPD tak pro aktif mengambil berat masalah guru-guru di pedalaman.. 

"PPD dikatakan tidak mahu melibatkan orang-orang politik sedangkan Politik Barisan Nasional ialah politik pembangunan. " << ulasan saya : baguslah  PPD tidak mahu terlibat, mungkin berdasarkan track record BN selama ini yang banyak bermain politik hingga PPD boring atau frust.. urusan rasmi kerajaan tetapi dipolitikkan..atau ada orang kuat PPD yang kecewa dengan ahli-ahli komponen BN di Sabah.. krisis dalaman lah katakan..

Atau BN Sabah melihat sekarang di kawasan pedalaman seperti Keningau, Pensiangan dan sebagainya, rakyat kini mula mengalih perhatian kepada Pakatan Rakyat,yang mula disukai???
Difahamkan Pas ada mengadakan aktiviti di beberapa lokasi di Keningau, dan indahnya sekali Pas dengan kewangan yang terbatas mampu menarik perhatian penduduk dan ada difahamkan berminat nak tubuh Cawangan ! Allahu Akbar!

Nahh.. penipuan mungkin BN lakukan di Sabah kini mula dihidu oleh rakyat.. pegawai di PPD juga rakyat.. juga hamba kepada Allah.. juga ada aqal.. tak mustahil ada sebab yang kita perlu rujuk mereka di sana.. Tahniah atas keberanian!
Krisis keyakinan dan kepercayaan dalam BN Sabah makin teruk...

Tiada ulasan: