MAHKAMAH(utusan.com.my)
Bantahan awal permohonan qazaf Anwar 10 Mac
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Bantahan awal terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 10 Mac ini.Bantahan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua responden lain. Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan ketiga-tiga responden terbabit dan Anwar memfailkan afidavit balasan dan jawapan masing-masing berhubung bantahan tersebut.
Mohd. Shukor turut mengarahkan pihak responden memfailkan afidavit jawapan bagi permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut. Jamil bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut pada 9 Februari lalu.
Pihak responden turut mempertikaikan pelantikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai salah seorang peguam syarie mewakili Ketua Pembangkang itu atas dakwaan percanggahan kepentingan.
Anwar memfailkan permohonan pada 7 Januari lalu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Shamsuddin supaya mendakwa Mohd. Saiful Bukhari dengan tuduhan qazaf.
Beliau menamakan Shamsuddin, Che Mat dan Jamil Khir sebagai responden pertama hingga ketiga.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
-------------------------------------------------------mahkamah : dasyat kes DS Anwar ni.. dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan.. semuanya tidak lain tidak bukan kerana menegakkan keadilan... Adil=meletakkan sesuatu pada tempat.. Media suka putar hal ni dalam surat khabar dan TV.. dari tak percaya sampai lama-lama orang meluat jadi percaya pulak.. tu besarnya FITNAH.. kalau sabit kesalahan fitnah ni dalam Islam, boleh dihukum berat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan