Jumaat, Februari 12, 2010

PKR Pulau Pinang tak rasa hilang 'permata' bila YB Bayan Baru keluar PKR..

‘Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang | Print |  E-mail
Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.  Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.

Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.
----------------------
yusz : segalanya ibarat 'saringan' atau penapis.. yang keluar sudah tentu hanya terpedaya dengan kebendaan..

Tiada ulasan: