Rabu, Februari 03, 2010

Wakil Kedutaan USA di Kuala Lumpur melawat Pas Perak, Pas Kelantan dan Pas Trengganu!

02 Februari 2010

KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN UNITED STATES KE PEJABAT PAS PERAK

18 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di Kuala Lumpur baru-baru ini telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.

Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain.

Menurut wakil kedutaan U.S itu, Melalui kunjungan-kunjungan beliau ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.
 
--------------------------------------
mahkamah-akhirat: ALHAMDULILLAH.. musuh Islam, USA pun kini mula mengalih perhatian kepada PAS. Jika musuh datang sebagai tetamu, wajib melayani.. bahkan berdakwah agar ianya menghormati Islam.. sejak zaman Nabi saw, Islam bukan terus menyerang sesebuah negara.. bahkan diutuskan surat kepada Raja/Pemerintah Negara untuk masuk ke dalam Islam.. jika tidak menyertai Islam, duduk di bawah payung pemerintahan Islam.. KECUALI jika pemerintah tersebut berdegil dan melancarkan perang terhadap Islam, barulah Islam bersedia berperang.. itupun perang bukan seperti hari ini.. Islam berperang dengan etika/adab yang mana-mana agama / adat tidak dapat mempertikaikan kehebatan adat peperangan dalam Islam!

Tiada ulasan: