Khamis, Februari 25, 2010

Bala allah di Malaysia sejak kebelakangan ini boleh tahan,,, di Raub Pahang, contohnnya..

Tiga kereta ranap dihempap pokok (bharian.com.my)

RAUB: Tiga kereta ranap akibat dihempap beberapa batang pokok besar yang tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda bandar Raub petang ini.

Kejadian selama kira-kira 15 minit mulai 4.30 petang itu mengakibatkan sekurang-kurangnya enam batang pokok besar di beberapa tempat dalam kawasan bandar itu tumbang.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata ketika kejadian ketiga-tiga kereta itu diletakkan di bahagian belakang sebuah pasaraya berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

Beliau berkata, beberapa rumah, kedai dan pasaraya turut mengalami kerosakan, terutama bahagian bumbung.

Namun, katanya, kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

"Kejadian itu juga mengakibatkan talian telefon dan elektrik di beberapa kawasan di bandar Raub terputus menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk terpaksa bergelap seketika sementara kerja pemulihan sedang dilakukan anggota Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia," katanya ketika dihubungi. - Bernama
-------------------------------------
yusz felda : bala/ ujian adalah peringatan buat  umat akhir zaman.. di sana sini, tak pernah dengar ada 'gempa bumi'.. kali ini ada kata Jabatan Meteorologi.. cth di Keningau.. cuma kekuatan Skala Ritcher rendah sahaja.. apa pun, DAH BERSEDIA???

Tiada ulasan: