Isnin, Februari 15, 2010

Mangsa Culik di Sabah Kini di Filipina?

MANGSA PENCULIKAN DI TUMBAGAAN FILIPINA? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 14 February 2010 17:40
KAMPUNG.... Mangsa penculikan ini dipercayai berada disalah sebuah rumah di Pulau Tumbagaan ini setelah dua orang lagi mangsa penculikan yang menggunakan modus operandi yang sama diselamatkan kelmarin.

Oleh: MUTALIB M.D
WALAUPUN beberapa orang perunding yang pernah berkhidmat kepada negara membebaskan tebusan Abu Sayap dalam kes Sipadan dan Pandanan telah berlepas ke Siasi, Filipina sebelum ke Pulau Tumbagaan; namun Pihak Berkuasa Malaysia masih percaya bahawa mangsa dan penculik masih bersembunyi di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna.

Seorang perunding yang dikenali sebagai MYH ketika menghubungi Sabahkini.Net berkata beliau telah berjaya menghubungi seorang Gabenor di Filipina Selatan dan sedang membantu beliau mengesan mangsa yang dipercayai berada di sebuah perkampungan di Pulau Tumbagaan, berdekatan Pulau Languyan dan Pulau Ubian Selatan. 

MYH mengakui, beliau telah memaklumkan perkembangan mangsa penculikan tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussin dan Menteri Pertahanan, Datuk Zahidi Hamidi sebelum berlepas ke suatu destinasi sulit di Selatan Filipina.

Tiada ulasan: