Jumaat, Februari 05, 2010

Polis beri permit kah? Jika diberi amankah? Lim Guan Eng layan kehendak rakyat berdemontrasi..

10,000 bakal sertai Perhimpunan Sedaq hari ini
(utusan.com.my)

PULAU PINANG 4 Feb. - Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Perhimpunan Sedaq esok, yang diadakan bagi menyedarkan orang Melayu bahayanya 'penjajahan' parti pembangkang khususnya DAP.

Perhimpunan itu juga bertujuan memberi ingatan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri supaya tidak terus menindas orang Melayu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, sebanyak 50,000 risalah mengenai perhimpunan berkenaan diedarkan secara serentak di seluruh negeri sejak semalam oleh kira-kira 100 ahli GPMS.

Menurutnya, pihak penganjur juga menyediakan kira-kira 50 buah bas bagi kegunaan orang ramai dari beberapa negeri yang ingin menyertai perhimpunan tersebut. 

''Kita buat demonstrasi ini secara aman, berdisiplin untuk memberitahu pentadbiran Guan Eng bahawa orang Melayu telah sedar. 

''Kalau dia masih menidakkan suara orang Melayu, kita akan lancarkan demonstrasi kedua, Perhimpunan Bangkit dan janganlah memaksa kita sampai perlu mengadakan demonstrasi ketiga Perhimpunan Amuk dan jika ini terjadi, ia sudah terlambat.

''Kita cuba berunding dan berjumpa dengannya (Guan Eng) untuk menyatakan suara orang Melayu, namun, semuanya ditolak dan dia terus dengan agendanya sendiri tanpa mempedulikan nasib orang Melayu yang tertindas, tersepit dan melarat,'' katanya selaku jurucakap utama perhimpunan itu.

Perhimpunan anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk dari Perak, Perlis dan Kedah itu akan diadakan di hadapan Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan Komtar bermula pukul 12 tengah hari.

Menurut Jais, pelbagai acara diatur antaranya pidato, khutbah dan solat Jumaat sebelum berarak secara aman ke Komtar dan diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan kepada Guan Eng.
----------------
yusz felda : Ketua Menteri Pakatan Rakyat bukan macam BN.. hak rakyat diutamakan.. luahkan dalam demo aman.. tak apa.. matang namanya..

Tiada ulasan: