Rabu, Februari 03, 2010

Sirah: Iktibar Kewafatan Kekasih Allah

Rabiul Awwal antara kelahiran dan kewafatan Rasulullah saw

(http://ibrahsejarah.blogspot.com/)

Rasululllah saw mula mengadu sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke-11 Hijrah. Pada mulanya baginda keluar ke Baqi' al-Gharqad di tengah malam lalu memohon keampunan kepada mereka. Kemudian baginda pulang dan pada waktu paginya bermula saat baginda sakit.

Ketika itu baginda di rumah Maimunah. Kemudian baginda memanggil para isterinya lalu meminta izin agar baginda dirawat di rumah Aisyah.

Baginda kemudian keluar dengan dibantu oleh 2 orang lelaki daripada ahli keluarganya iaitu al-Fadhal bin Abbas dan Ali bin Abi Talib dengan berbalut di kepalanya sehinggalah sampai ke rumah Aisyah.

Akhirnya baginda meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awaal tahun 11 Hijrah. Ada penda[at yang mengatakan pada waktu dhuha dan ada juga riwayat yang menyebut selepas zawal.

Dengan dimandikan oleh Ali bin Abi Talib, Qutham dan al-Fadhal bin Abbas serta Usamah bin Zaid. Proses memandikan dan menguruskan jenazah Rasulullah sempurna pada malam Selasa.

Pada siang Selasa para sahabat menyembahyangkan jenazah Rasulullah dan baginda selesai di kebumikan pada petang Selasa di bilik Aisyah.

Baginda wafat sebagai pemimpin Semenanjung Arab dan digeruni oleh para musuhnya.

Namun wafatnya tanpa meninggalkan satu dinar atau satu dirham. Tanpa meninggalkan seorang hamba atau sesuatu kecuali baghal baginda yang berwarna putih.

Baginda wafat sedang baju besinya dicagar kepada seorang Yahudi dengan harga 30 gantang gandum.

Pada saat sakitnya, baginda telah memerdekakan 40 orang hamba dan baginda memiliki 7 atau 6 dinar namun memerintahkan Aisyah untuk memberikannya sebagai sedekah. 

---------------
yusz felda : macam mana kita nak tiru macam Nabi saw?.. mati tanpa meninggalkan wang.. Masya allah..

Tiada ulasan: