Lapan murid perempuan dakwa dicabul ustaz gatal (bharian.com.my)
SAMSUL Bahri Saleh, 36, dihadapkan di Mahkamah Majistret petang tadi atas tuduhan mencabul empat pelajar sebuah Sekolah Rendah di daerah Tangkak, Muar. (berita lanjut)Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
Perbuatan terbongkar selepas diadu kepada guru kaunseling
TANGKAK: Sekurang-kurang lapan murid perempuan Tahun Empat mendakwa menjadi mangsa cabul apabila bahagian paha dan alat sulit diraba serta buah dada mereka diramas oleh seorang ustaz yang mengajar al-Quran dalam kelas pendidikan Islam di sebuah sekolah, dekat sini, 1 Februari lalu.
Kejadian terbongkar selepas sekumpulan murid perempuan itu membuat aduan kepada guru kaunseling sekolah berkenaan mengenai perbuatan ustaz berusia 30-an berkenaan ketika sesi persekolahan kelmarin.

Berikutan itu, keluarga lapan murid terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 8 malam kelmarin dan awal pagi semalam, dan semua murid berkenaan turut dibawa membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tangkak (HT).
-------------------------------
yusz felda : itulah.. kita harapkan ustaz.. maklumlah ustaz ni membawa 'watak mulia', agak pelik jika ustaz buat salah.. maklumlah ustaz kan mengajar agama.. itu ini.. baik buruk.. halal haram.. tiba-tiba dia buat yang salah.. daH tentu hilang kepercayaan.. harap m/kat TERbuka dan berpandangan jauh bahawa ustaz manusia biasa.. macam orang lain.. semua kita adalah mulia.. hal agama semua kena ambil berat.. jika diri melakukan dosa.. kena rasa malu.. jangan jadi alasan : AKU BUKAN USTAZ.. TAK MENGAPA BUAT JAHAT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan