Hamba sahaja-ada dibincangkan dalam hukum hakam. Apa itu hamba dan mengapa boleh bersetubuh tanpa akad???
Ust Wan Rafhan (Kelantan) : Ya, hamba tak perlu akad nikah, boleh disetubuhi. Sebab hamba masa itu boleh dijual beli, memang terikat dengan tuannya. Zaman Nabi saw masih ada, sebab itu wujud ayat al-quran yang menceritakan tentang 'memerdekakan hamba'.
Ust Kamarul Khaidir (Pahang) : Selepas Zaman Nabi saw pun masih ada, Cuma dia pupus sedikit-sedikit hinggalah tiada sampai hari ini.
Ust Wan Rumaizi (Kelantan) : Hamba dimiliki melalui akad jual beli dan dikira sebagai 'harta'. Boleh disetubuhi kerana menjadi 'hak milik' tetapi ada hukum hakamnya. Sistem perhambaan diamalkan sehingga jatuhnya Khilayah Usthmaniyyah pada tahun 1924Masehi.
Ust Mahmud (Johor) : Hamba sahaja, auratnya dengan tuannya macam aurat suami isteri begitu juga anak-anak hasil persetubuhan seperti aurat anak-anak hasil pernikahan hari ini.
Ust Mohd. Aizam (Jakim, KL) : Aurat hamba serupa dengan lelaki, dan hamba yang dapat anak dengan tuannya tu dikira umm walad, anak dia merdeka. Umm walad dikira merdeka lepas tuannya mati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan