Sabtu, Februari 27, 2010

Tawau & Bahasa Tawau dalam Facebook! Republic of Tawau.< dari Face Book

 

Image results for peta tawau

 -
 
 
* nda - tidak

* ayo - jom, mari

* kompek - beg plastik

* kumpau, boro - sombong

* betrep - berlagak

* smat - baik, segak, bagus

* ngam - sesuai, tepat, betul

* bachat - tertekan, sakit hati

* concang - berkongsi

* piring - pinggan
 
* sendok - sudu, senduk

* sudip - senduk untuk menggoreng

* sumpak, kebak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.

* kasi - bagi, beri

* mengasi - memberi, mebuatkan

* tapok - sembunyi

* bebeng - air liur basi

* dok sah - tak payah

* dak da - tidak ada

* hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.

* jelek - hodoh, buruk

* temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa 
melayu iaitu cakap besar)

* kilik , sot - otak tidak betul

* sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak

* lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik

* kakus - tandas

* odol - ubat gigi

* ember - baldi

* getek - merujuk kepada lelaki atau perempuan gatal/sundal.

* bikin - buat

* pegal - tekanan,sakit hati


Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. 
 
Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan...

Tiada ulasan: