Kediaman PM Thai dilontar najis
BANGKOK 2 Feb. - Penunjuk perasaan antikerajaan disyaki telah membaling beg berisi najis manusia ke kediaman Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, satu isyarat baru menunjukkan peningkatan ketegangan politik di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban dengan pantas menuduh serangan semalam itu dilakukan oleh kumpulan 'Baju Merah' - penyokong bekas Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra yang telah mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan antikerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Polis turut mengesahkan beberapa beg plastik yang berisi najis manusia telah dilontar melintasi tembok ke kawasan kediaman Perdana Menteri di tengah Bangkok.
Sementara itu, Abhisit hari ini berkata, keluarganya 'tidak akan tergugat' dengan insiden itu.
Baju Merah merancang mengadakan demonstrasi jalanan terbaru bulan ini menjelang pengumuman keputusan mahkamah sama ada akan membenarkan pihak berkuasa merampas aset Thaksin bernilai AS$2.2 bilion (RM7.5 bilion) yang dibekukan selepas rampasan kuasa menggulingkannya pada 2006.
Thaksin terus menghasut meningkatkan pergolakan politik di Thailand walaupun tinggal di luar negara untuk mengelak hukuman penjara.
yusz felda : Ingat tak lagi kita Peristiwa tragis Tak Bai?
" Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut." <<< sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_berdarah_Tak_Bai
"Latar belakang"
Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.
Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..
Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.
Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.
Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan." << == Thaksin menghina Islam tika itu. Allah sekarang sedang menghina kamu!
Lihatlah, bagaimana umat Islam Narathiwat yang mempertahankan Islam, dibunuh ditembak disepak dizalimi bagai binatang oleh tentera Thailand.. tidak lama selepas itu, Tsunami 26 Disember 2004 datang membunuh kembali orang Thailand.. kini Allah membunuh 'sistem Thailand' dengan kontreversi yang tak kunjung padam sejak zaman Thaksin hingga Abisyek...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan