Jumaat, Februari 26, 2010

Hishammuddin diselar elak jumpa mangsa tembakan ! Dasar bermusuh dengan membabi buta..

 
| Print |  E-mail
Hazayani Zakaria   

PUTRAJAYA, 25 Feb: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan badan Bukan Kerajaan (NGO) menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana enggan bertemu sendiri dengan mangsa tembakan polis, Norizan Salleh dan menerima memorandum daripada mereka.

Kira-kira 20 wakil dari PR ke bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi bagi menyerahkan sendiri kepada Hishammuddin memorandum berhubung pendedahan Norizan itu namun malangnya kehadiran mereka tidak disambut baik oleh pihak Menteri.

Pada awalnya, pihak keselamatan memberitahu bahawa Hishammuddin ada di pejabatnya dan membenarkan tujuh orang masuk menemui beliau namun selepas itu, setiausaha sulit kanan beliau yang dikenali sebagai Azmi, keluar menemui mereka di lobi bangunan dan secara tergesa-gesa meminta mereka menyerahkan segera memorandum berkenaan kepadanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Hishammuddin tiada di pejabat dan seolah-olah tidak mahu mengambil tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka.
------------------------------------------
yusz felda : tu lah jadi orang Pakatan Rakyat sangat.. mana dilayan BN! He he.. gurau sahaja.. Pernah kah kita dengar orang Pas kena tembak di Memali? dibunuh di Lubuk Merbau?kena pukul dalam demontrasi?kena tembak di Trengganu? em.. memang dah ada yang mati pun.. kalu setakat tak mati, lagi la mainan puak-puak ni... :(

Tiada ulasan: