Singapura hentikan pertunjukan udara
05/02/2010 4:24am
Singapura 5 Feb. – Kerajaan Singapura semalam menghentikan pertunjukan penerbangan pada pameran udara antarabangsanya selepas juruterbang Korea Selatan melakukan aksi terlalu dekat dengan penonton.
Pertunjukkan yang sepatutnya berlangsung selama lapan minit itu terpaksa dihentikan selepas berlaku kesilapan dari jet T-50 Golden Eagle, milik Korean Aerospace Industries.
“Penerbangan tersebut telah melanggar peraturan keselamatan dan juruterbang diarahkan menamatkan pertunjukan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga,” kata wakil Pameran Udara Singapura, Marilyn Ho kepada Reuters dalam satu e-mel. – Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan