KES RM25, PENDAKWARAYA BELUM SEDIA TERUSKAN(sabahkini.net) |
Written by Admin |
Thursday, 04 February 2010 23:47 |
ELAK…Lans Koperal Hamid Paku cuba mengelak daripada digambar oleh krew Sabahkini.Net Oleh : ZIELA A MAHKAMAH Magistret II di Kota Kinabalu hari ini telah menunda perbicaraan pendakwaan terhadap Mantan Ketua Daerah Sandakan OKK Hassnar Hj Ebrahim kepada 27 Februari 2010 kerana Pegawai Pendawaraya belum bersedia untuk menyoal tertuduh. OKK Hassnar Hj Ebrahim telah dituduh di bawah seksyen 8 (1) Ordinan Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda berjumlah RM25.00 jika sabit kesalahan. Mantan Ketua Daerah Sandakan itu telah diperintah oleh Majistret Puan Herlina Muse membela diri atas tuduhan mengaibkan dua anggota Polis dengan berkata “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah.“ Dalam penghakimannya pada 17 Disember 2009, majistret itu mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat prima facie kes terhadap tertuduh. Jika Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM25.00 Apabila dihubungi oleh krew Sabahkini.net, Peguambela tertuduh, Tuan Hj Ansari Abdullah, berkata oleh kerana pihak pendakwaraya belum bersedia untuk menyoal tertuduh, maka Mahkamah telah terpaksa menangguhkan perbicaraan kepada hari Sabtu 27 Februari 2010 akan datang demi mendapatkan RM25.00 denda untuk kerajaan. Dalam pada itu, Hassnar mengulangi kenyataan awalnya bahawa pihak Polis berniat jahat (malafide) serta menyalahgunakan kuasa mereka membazir wang rakyat untuk mensabitkannya melakukan kesalahan jenayah. Dalam usaha membela dirinya daripada tuduhan yang direka cipta pihak tidak bertanggunjabab dalam PDRM, Mahkamah telah membenar permohonan Peguambela Hassnar mengeluarkan sapena kepada beberapa Ketua Polis Daerah antaranya Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Ketua Polis Daerah Beluran, Ketua Polis Daerah Kinabatangan supaya menghadiri perbicaraan Mahkamah Magistret Kota Kinabalu pada Sabtu 27 Februari 2010 akan datang untuk memberi keterangan. Menurut Hassnar banyak aduan telah dibuatnya tetapi sehingga sekarang sengaja tidak diambil tindakan oleh Polis. “Ada puluhan aduan Polis yang pernah saya atau kakitangan saya buat melibatkan kelakukan jenayah oleh individu tertentu termasuk oleh anggota Polis yang jauh lebih berat daripada dakwaan yang kenakan terhadap saya,” Kata Hassnar lagi. Dengan nada kesal Hassnar menegaskan, beliau akan menyiarkan satu persatu aduan yang pernah beliau atau kakitangan atau pihak yang ada hubungan atau ada kaitan dengannya yang sehingga sekarang tidak ada diambil tindakan oleh Polis, walaupun perkara yang diadu berupa jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Undang-Undang jenayah. Krew sabahkini.net yang mengikuti perkembangan mengenai pendakwaan terhadap Hassnar kali ini tidak menghadapi kesulitan mendapatkan gambar pihak pendakwaraya jika dibandingkan pada masa lalu. Di awal perbicaraan DPP Mohd Sukor yang tidak selesa melihat kehadiran pemberita di bilik bicara dan jelas phobia apabila pemberita Sabahkini.net memasuki Mahkamah untuk mendengar dan mendapatkan butiran bicara. “Your Honour, there are people bringing in camera into the Court room,” demikian aduan Mohd Sukor kepada Magistret Puan Herlina Muse. Kerana memahami dan cukup masak dengan kelakuan sesetengah pegawai Pendakwa raya yang bongkak dan menganggap diri mereka terpelajar, tetapi sanggup melaksanakan tugas yang nyata berniat jahat semata-mata memenuhi agenda pihak tertentu krew Sabahkini.net membiarkan saja Sukor meneruskan kelakuan kebudak- budakkannya. Bagaimanpun Mahkamah tidak mempedulikan aduan Pegawai Pendakwaraya tersebut sebaliknya hanya meminta krew Sabahkini.net yang hadir supaya tidak mengambil gambar ketika Mahkamah bersidang. Seorang ahli persatuan Blogger, apabila diberi tahu akan kelakuan Pegawai Pendakwa raya tersebut berkata, “the best way to convince a fool is to let him have his way.” ----------------------------------------- mahkamah-akhirat : saya teringat kawan saya beritahu, ada surat layang tentang peritiwa tragis Ting Kayu, Kunak disebarkan di kawasan perumahan.. kebetulan dalam perumahan itu ada polis.. ditanya siapa yang menyebarkan?.. masing-masing diam... mana kami tahu! Itulah dia.. ada pegawai polis marah sebab dia terasa dihina.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. namun, pegawai polis tadi patut siasat isi kandungan surat layang.. orang yang jahat dibela, orang baik pula yang ingin ditangkap.. ANTARA KEZALIMAN BN/UMNO LAGI ialah MEMBUNUH UMAT ISLAM MEMALI... Mahkamah dah mensabitkan kesalahan kerajaan dalam kes 1985 itu.. mudah sangat orang islam dibunuh hanya kerana mereka mempertahankan Islam.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan